Skip to main content

Berita

Banjir Perangkap Penduduk Shah Alam Dalam Perjalanan Cari Rezeki

Banjir Perangkap Penduduk Shah Alam Dalam Perjalanan Cari Rezeki
Advertisement

Ramai penduduk Shah Alam yang bekerja di Kuala Lumpur dilaporkan berdepan kesesakan lalu lintas yang teruk sehingga lebih sejam selepas beberapa laluan utama di bandar raya itu ditutup akibat banjir susulan hujan berterusan sejak petang Selasa.

Berdasarkan perkongsian orang awam di aplikasi Threads, pengguna jalan raya memaklumkan keadaan trafik sesak luar biasa berikutan penutupan beberapa laluan yang dinaiki air.

Advertisement

Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE) serta beberapa jalan berhampiran Seksyen 13 dan Bukit Jelutong.

Menurut perkongsian tersebut, ramai pekerja yang dalam perjalanan dari Shah Alam ke Kuala Lumpur terpaksa menggunakan laluan alternatif selepas jalan utama ditutup, sekali gus menyebabkan kesesakan di beberapa lokasi.

Perjalanan yang kebiasaannya mengambil masa sekitar 30 minit bertukar kepada lebih sejam akibat kesesakan yang berlaku susulan banjir dan penutupan jalan.

Advertisement

Hujan lebat dilaporkan bermula sekitar pukul 4 petang Selasa, berterusan sehingga 6 pagi Rabu, menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan menjejaskan pergerakan trafik.

Terdahulu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hebahan pada jam 4.07 pagi memaklumkan banjir kilat di Kilometer 9.1 NKVE di antara Shah Alam dengan Subang menyebabkan semua lorong kedua-dua arah terhalang.

Trafik dari Bukit Raja menghala ke utara dilencongkan ke Setia Alam, manakala kenderaan dari Subang menghala ke selatan dilencongkan ke ELITE.

Pada jam 3.20 pagi, PLUS turut mengeluarkan hebahan mengenai penutupan semua lorong sebelum memasuki Plaza Tol Shah Alam, manakala pada jam 5.30 pagi, semua lorong di Persimpangan Shah Alam, ELITE, antara Seafield dengan Setia Alam dilaporkan ditutup.

PROLINTAS GCE pula menerusi hebahan jam 5.42 pagi memaklumkan penutupan sepenuhnya susur Ramp B, Ramp C dan Ramp D di persimpangan NKVE akibat banjir kilat.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement