Sekilas
- 10 CENTS CAPITAL SDN. BHD. memilih Brazil sebagai pasaran antarabangsa pertama untuk aplikasi AI dalam pemasaran dan perdagangan digital rentas sempadan.
- Syarikat ini menggunakan teknologi AI untuk membantu pengeluar dan PKS Malaysia menyesuaikan produk mengikut bahasa dan budaya tempatan bagi memudahkan akses pasaran global.
- Melalui anak syarikat VIVAMOMENTO di Brazil, 10 CENTS CAPITAL merancang membina rangkaian perniagaan dan menjalankan penyelidikan pelanggan bagi menyokong kemasukan pasaran di Amerika Latin.
Syarikat pegangan pelaburan Malaysia, 10 CENTS CAPITAL SDN. BHD. mengorak langkah baharu dalam bidang aplikasi perniagaan kecerdasan buatan (AI) dan perdagangan digital rentas sempadan dengan menjadikan Brazil sebagai pasaran antarabangsa pertamanya.
Inisiatif tersebut menggabungkan pemasaran berbantukan AI, pengembangan pasaran luar negara serta pemadanan perniagaan antara syarikat (B2B) bagi membantu pengeluar, usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengembangkan perniagaan ke peringkat global.
Menariknya, 10 CENTS CAPITAL menjadikan modal sebagai penghubung dengan menggabungkan teknologi AI serta rangkaian perniagaannya untuk menyokong pengeluar dan usahawan yang komited menghasilkan produk berkualiti agar berpeluang menembusi pasaran antarabangsa.
Menurut Pengarah 10 CENTS CAPITAL, Peter Liew, produk yang mempunyai potensi tidak seharusnya terlepas peluang memasuki pasaran baharu hanya disebabkan halangan bahasa atau jarak geografi.
“Produk yang baik tidak sepatutnya terlepas pasaran kerana bahasa atau jarak.
“Kami akan bermula dari Brazil, menghubungkan pembuatan Asia dengan pasaran Amerika Latin serta melabur dalam pemasaran AI, perdagangan B2B antarabangsa dan saluran jualan tempatan, bagi membantu produk menembusi halangan pasaran, pengeluar memperoleh pesanan berterusan dan perniagaan tempatan mendapatkan sumber bekalan yang boleh dipercayai, di samping membolehkan pencipta dan rakan niaga bersama-sama mewujudkan nilai perniagaan yang sebenar,” katanya.
Tambah Peter, pihaknya mahu memastikan syarikat yang ingin memasuki pasaran Brazil mempunyai akses kepada maklumat, rakan perniagaan dan saluran komunikasi yang bersesuaian.
“Kami mahu setiap syarikat yang memasuki Brazil dapat bertutur dalam bahasa pembelinya, bertemu rakan kongsi yang sesuai dan mengusahakan urus niaga.
“Secara berperingkat, kami akan membina rangkaian perniagaan global yang menghubungkan modal, pembuatan, kreativiti, saluran dan pengguna, supaya setiap pencipta nilai berpeluang berkongsi hasil perdagangan global,” jelasnya.
Dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut, 10 CENTS CAPITAL akan memanfaatkan teknologi AI dalam empat bidang utama iaitu penyelidikan pelanggan, penghasilan kandungan pemasaran, penyesuaian bahasa dan pengurusan maklumat perniagaan.
Pendekatan itu membolehkan jenama serta produk dipersembahkan mengikut bahasa, budaya dan keperluan pembeli tempatan, sekali gus membantu syarikat berkomunikasi dengan lebih berkesan di pasaran luar negara.
Pemilihan Brazil sebagai destinasi pertama turut mengambil kira hubungan perdagangan sedia ada antara kedua-dua negara.
Pada 2024, jumlah perdagangan dua hala Malaysia dan Brazil mencecah RM20.36 bilion, dengan Brazil muncul sebagai rakan dagang kedua terbesar Malaysia di Amerika Latin.
Menerusi anak syarikatnya di Brazil, VIVAMOMENTO, 10 CENTS CAPITAL merancang menjalankan penyelidikan pelanggan, membantu kemasukan pasaran serta membangunkan jaringan perniagaan tempatan.
Perkembangan itu juga seiring dengan pertumbuhan pesat industri AI global.
Menurut unjuran UN Trade and Development (UNCTAD) menerusi Technology and Innovation Report 2025, nilai pasaran AI dunia dijangka meningkat daripada AS$189 bilion pada 2023 kepada AS$4.8 trilion menjelang 2033.
Sementara itu, International Trade Administration (ITA) Amerika Syarikat mengunjurkan pasaran e-dagang B2B global mencapai nilai AS$36 trilion menjelang 2026.
Untuk rekod, 10 CENTS CAPITAL ditubuhkan pada 18 Julai 2022 dan memberi tumpuan kepada pelaburan modal, sokongan strategik serta jaringan sumber dalam bidang teknologi digital, e-dagang, perkhidmatan pengguna dan perkhidmatan perusahaan.
Maklumat lanjut mengenai inisiatif syarikat boleh didapati menerusi laman web rasmi tencentscapital.com.