Skip to main content

Jenayah

Bapa Maut, Tengkorak Pecah Akibat Terjatuh Ditumbuk Anak

Bapa ditumbuk anak

Sekilas

  • Seorang warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dipercayai ditumbuk oleh anaknya yang mengalami masalah mental di Kampung Masjid, Baung Bayam, Kelantan.
  • Kejadian berlaku secara tiba-tiba ketika mangsa menegur anaknya yang sedang membuat air, menyebabkan mangsa terjatuh dan kepala terkena simen hingga tengkoraknya pecah.
  • Suspek berusia 41 tahun kini direman dan akan dirujuk kepada pakar untuk pengesahan masalah mental, manakala siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Seorang warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia selepas mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di Kampung Masjid, Baung Bayam, di Kelantan pada Isnin, dipercayai ditumbuk oleh anaknya yang mengalami masalah mental.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan keterangan saksi iaitu adik kepada suspek, dalam kejadian tersebut lelaki berusia 41 tahun itu dikatakan sedang membuat air sebelum ditegur oleh bapanya.

“Kejadian berlaku apabila mangsa yang disifatkan sebagai seorang tegas menegur suspek.

“Suspek terkejut lalu berpaling dan terus menumbuk bapanya. Mangsa dipercayai terjatuh dan kepalanya terkena simen sehingga menyebabkan tengkoraknya pecah.

"Kejadian itu disaksikan sendiri oleh adik suspek,” katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada Khamis.

Mohd Yusoff memberitahu, suspek sekarang sedang direman dan status masalah mentalnya akan dirujuk kepada pihak hospital serta pakar untuk mengesahkannya.

Sebelum itu Sinar Harian melaporkan seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun meninggal dunia selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di sebuah kediaman di Kampung Masjid, Baung Bayam di sini pada Isnin.

Menurut Mohd Yusoff, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kira-kira jam 6.30 petang pada Selasa.

Menurutnya, seorang individu telah ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi apabila mangsa cedera di bahagian kepala dalam satu insiden di rumahnya.

"Siasatan awal mendapati kejadian berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang perselisihan faham atau pertengkaran sebelum itu," katanya

Mohd Yusoff berkata, mangsa kemudian dibawa ahli keluarga ke sebuah klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

Katanya, mangsa ditempatkan di Zon Merah hospital berkenaan dan diberikan rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad.

Bagaimanapun ujarnya, mangsa gagal diselamatkan dan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik HRPZ II mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada kepala sehingga menyebabkan keretakan tulang tengkorak serta pendarahan dalam otak," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement