Skip to main content

Selebriti

Baru Catat Jualan RM2 Juta, Kawan Baik Dedah Khairul Aming Dah Mula Projek Baharu - "Tolong Suruh Dia Rehat..."

Baru Catat Jualan RM2 Juta, Kawan Baik Dedah Khairul Aming Dah Mula Projek Baharu - "Tolong Suruh Dia Rehat..."

Sekilas

  • Khairul Aming kini sedang sibuk dengan projek baru selepas kejayaan jualan Sambal Nyet Bilis yang mencatat RM2 juta dalam masa kurang dua minit di TikTok.
  • Rakan Khairul menafikan dakwaan dia berehat dan menegaskan usahawan itu masih aktif bekerja walaupun ramai minta dia rehat.
  • Perkongsian tentang dedikasi Khairul menarik perhatian ramai yang kagum dan memberi nasihat supaya dia jaga kesihatan serta luangkan masa untuk diri sendiri.
Advertisement

Selepas mencatat rekod baharu menerusi jualan Sambal Nyet Bilis, usahawan Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian selepas salah seorang rakan baiknya memuat naik foto dirinya sedang bekerja.

Menerusi perkongsian di Threads, rakan yang dikenali sebagai @kemeyyhakim itu memberi respons selepas seorang netizen menyangka Khairul sedang berehat di atas katil sambil membalas maklum balas pelanggan susulan kejayaan produknya.

Advertisement

Menafikan perkara tersebut, lelaki berkenaan berkata Khairul kini sedang memulakan projek baharu dan meminta orang ramai supaya menyuruhnya berehat.

“Bukan. Ni dia baru start project baru pulak. Tolong suruh dia rehat,” tulisnya.

Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai dengan rata-rata kagum melihat sikap dedikasi dan kerajinan yang ditunjukkan Khairul.

Malah, ada yang memintanya supaya menjaga kesihatan selain berseloroh agar Khairul meluangkan masa untuk bercinta.

Terdahulu, Khairul Aming mencatat jualan sebanyak RM2 juta dalam tempoh kurang dua minit menerusi platform TikTok ketika melancarkan produk terbaharunya.

Pencapaian tersebut dikongsikan menerusi sesi TikTok Live di akaun TikTok Shop Malaysia yang berlangsung dari Menara Merdeka Maybank, sebelum ini dikenali sebagai Merdeka 118, yang menjadi lokasi pelancaran produk berkenaan.

Lebih mengejutkan, Sambal Nyet Bilis dilaporkan habis terjual dalam tempoh kira-kira satu minit, manakala sesi siaran langsung tersebut berjaya menarik hampir 400,000 penonton.

Anda mungkin berminat dengan

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

Ubi Pedas Basah Cik Ros 450gm

popia simpul 500gram

popia simpul 500gram

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Tempe High Protein Snack 1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Tanduk Chef Busu 500gm/1kg

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Kerepek Pisang Manis Grad A Premium Kualiti 350g Sweet Banana Chips Grade A Premium 350g

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Rendang Nyet Berapi by Khairulaming

Must Watch Video

Advertisement