Skip to main content

Selebriti

Baru Sahaja Ditayangkan, Mojoku Hilang Kini Di Kedudukan Ketiga Dalam Carta Filem Malaysia!

Baru Sahaja Ditayangkan, Mojoku Hilang Kini Di Kedudukan Ketiga Dalam Carta Filem Malaysia!

Sekilas

  • Filem romantik komedi Mojoku Hilang berjaya menduduki tempat ketiga dalam carta Top 10 filem Malaysia selepas tayangan pada Khamis.
  • Filem ini mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo yang menjadi rebutan penduduk kampung.
  • Mojoku Hilang diterbitkan oleh Double Vision bersama Astro Shaw dan lain-lain, dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai.
Advertisement

Baru sahaja ditayangkan pada Khamis, filem romantik komedi, Mojoku hilang kini berjaya meraih kedudukan ketiga di dalam carta Top 10 filem Malaysia.

Kejayaan tersebut sekali gus mencerminkan bahawa filem yang berkisarkan tentang haiwan juga mampu mendapat tempat di hati penonton.

Advertisement

Dengan lambakan filem aksi dan seram, Mojoku Hilang dijangka akan terus memberi persaingan hebat terhadap filem-filem lain.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak 'menculiknya' bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikatnya sendiri.

Advertisement

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films, dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 23 Julai.

Anda mungkin berminat dengan

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

Must Watch Video

Advertisement