Skip to main content

Viral

Bawa Mayat Kakak Tuntut RM823, Bank Dakwa Warga Emas Mabuk & Tiada Pengetahuan

Astro Gempak mayat kakak

Sekilas

  • Seorang lelaki warga emas di Odisha, India, tular selepas mengendong mayat kakaknya ke bank kerana gagal mengeluarkan wang simpanan atas nama mendiang.
  • Lelaki itu mendakwa bank minta pemilik akaun hadir untuk pengeluaran wang, namun bank menafikan dan menyifatkan lelaki tersebut tidak faham prosedur.
  • Urusan pengeluaran wang selesai dan mayat kakak lelaki itu telah dikebumikan semula dengan bantuan pihak berkuasa tempatan.

Aksi seorang lelaki warga emas mengendong mayat kakaknya untuk dibawa ke sebuah bank di India sempat menjadi tular dan menerima beragam reaksi dalam kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Lelaki yang dikenali sebagai Jeetu Munda, 50, itu dipercayai telah menggali kubur kakaknya yang meninggal dunia dua bulan lalu. Munda yang merupakan seorang lelaki Orang Asli di Odisha kemudian membawa mayat kakaknya ke cawangan Bank Grameen Odisha di Maliposi, daerah Patana selepas usahanya untuk mengeluarkan wang di atas nama akaun mendiang gagal.

Munda yang merupakan salah seorang penama atau waris di atas akaun tersebut mahu mengeluarkan wang simpanan sebanyak 20,000 Rupee (RM823), namun ditolak. Dia mendakwa pihak bank  meminta dia membawa pemilik akaun untuk mengeluarkan wang tersebut.

“Apabila saya beritahu dia sudah meninggal dunia, mereka tidak percaya. Kerana kecewa, saya menggali kuburnya dan membawa mayatnya sebagai bukti kematian," katanya menurut laporan media tempatan, News18.

Bagaimanapun pihak bank mendakwa tidak pernah meminta bukti ‘fizikal’ daripada Munda. Bank malah mengatakan Munda mabuk serta tidak mempunyai pengetahuan dalam proses atau urusan yang dilakukan kerana dipercayai buta huruf.

“Laporan mengenai pihak bank memaksa Encik Jitu Munda membawa mayat kakaknya untuk proses mengeluarkan wang adalah tidak berasas,” cuit bank tersebut di X seperti dilaporkan NDTV.

Laporan sama juga memaklumkan urusan Munda dengan bank tersebut sudah pun selesai.  Munda telah berjaya menuntut wang sebanyak RM823 sebagai salah seorang daripada tiga penama waris seperti ditetapkan.

Sementara itu, mayat kakak Munda telah berjaya dikebumikan semula atas bantuan pihak berkuasa tempatan.

Anda mungkin berminat dengan

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement