Skip to main content

Berita

Bayi 12 Bulan Maut, 8 Cedera Nahas Di Plaza Tol Bukit Kajang

Kemalangan

Seorang bayi lelaki berusia 12 bulan maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Plaza Tol Bukit Kajang pada Sabtu.

Dalam kejadian itu, kemalangan melibatkan sebuah lori tiga tan yang membawa barangan lusuh, kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail milik Jabatan Kerja Raya (JKR), sebuah kereta jenis Honda City dan Proton X70.

Advertisement

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11 pagi.

“Seramai enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi bergegas ke lokasi kejadian.


“Kami tiba kira-kira 11 minit kemudian dan mendapati seorang bayi lelaki ditemui tersepit di bawah kereta Nissan X-Trail. Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 11.30 pagi namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Ahmad Mukhlis berkata, seorang lelaki yang turut tersepit di bawah kenderaan sama berjaya dikeluarkan 10 minit lebih awal dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

“Tujuh lagi mangsa yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital oleh pasukan perubatan KKM sebelum pihak bomba tiba,” katanya.


Sumber: Sinar Harian 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement