Skip to main content

Berita

Bekas Pemain Sepak Takraw Negara Meninggal Dunia Dalam Kemalangan

IMG 9545

Sekilas

  • Seorang bekas pemain sepak takraw negara, Mohd. Taufik M. Saad, maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah pikap yang berhenti di lorong kecemasan di Lebuh Raya Utara-Selatan malam tadi.
  • Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama majikan di Pulau Pinang, manakala pemandu pikap mengalami patah tangan kiri.
  • Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Advertisement

Seorang bekas pemain sepak takraw negara maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar belakang sebuah pikap yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 40.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara,malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.13 malam itu, mangsa, Mohd. Taufik M. Saad, 41, yang mengalami kecederaan parah pada kaki kiri meninggal dunia di lokasi kejadian.

Advertisement

Mohd. Taufik yang pernah beraksi untuk skuad negara pada Sukan SEA Laos pada 2009 bekerja sebagai Pembantu Khidmat Awam di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) di Pusat Perubatan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Sementara itu, pemandu pikap jenis Nissan Frontier yang merupakan pelajar lelaki sebuah kolej kemahiran berusia 20 tahun dilaporkan mengalami kecederaan patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Syed Basri Syed Ali berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda ADV 160 dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jitra, dekat sini selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama majikan di sebuah resort di Bertam, Pulau Pinang.

Advertisement

Katanya, pemandu pikap tersebut pula dalam perjalanan ke Tunjang, Jitra untuk menghantar tangki air sebelum berhenti di lorong kecemasan selama kira-kira dua hingga tiga minit bagi mengetatkan tali yang diikat pada tangki air di bahagian belakang pikap.

“Selepas itu, datang sebuah motosikal yang kemudian melanggar bahagian belakang sebelah kanan pikap dengan impak perlanggaran tersebut menyebabkan penunggang motosikal terbabit melambung serta terjatuh di tengah jalan,” katanya.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

Sumber: Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement