Skip to main content

Selebriti

Belum Lagi Dibuka, Restoran Sulung Khairul Aming Dihujani Review Positif - "Saya Yang Baca Ni Pun Keliru"

Khairul aming restoran review

Sekilas

  • Restoran pertama Khairul Aming, Rembayung, sudah menerima banyak ulasan positif di Google walaupun belum dibuka.
  • Pengguna di Threads berkongsi tangkap layar ulasan yang menunjukkan sambutan hangat daripada netizen terhadap restoran tersebut.
  • Khairul Aming melabur RM4 juta untuk membuka restoran berskala besar seluas 8,000 kaki persegi di Kg Baru selepas 10 tahun berniaga secara online.

Belum sempat dibuka, restoran pertama Khairul Aming iaitu Rembayung, telah menerima pelbagai maklum balas positif daripada netizen.

Seorang pengguna di Threads berkongsi tangkap layar ulasan di Google, menunjukkan ramai meninggalkan review baik untuk restoran Khairul Aming.

"Dahsyat betul penangan anak Kelantan ini. Baru umumkan pembukaan restoran pertama milik beliau, Rembayung dah dapat banyak review positif.

"Belum buka lagi dah review sedap. Saya yang baca ni pun keliru. Tahniah Khairul Aming," tulis individu berkenaan.

Sebelum ini, Khairul mengumumkan pelaburan RM4 juta untuk membuka restoran sulungnya di Kg Baru, selepas 10 tahun berniaga secara online. 

Dengan keluasan 8,000 kaki persegi, restoran ini menjadi projek berskala terbesar sepnjang kariernya sebagai usahawan terkenal.

Must-Watch Video

Advertisement