Skip to main content

Selebriti

Belum Sampai Tahap Ambil Rawatan Kehamilan, Hannah Delisha Belajar Dari Kesilapan Lama -" Sehingga Hari Ini Saya Tidak..."

hannah delisha

Sekilas

  • Hannah Delisha belum mendapatkan rawatan kehamilan dan hanya mengambil makanan tambahan serta suplemen untuk menjaga kesihatan dalaman.
  • Dia menerima ujian keguguran sebelum ini dengan redha dan menyerahkan segalanya kepada takdir Tuhan tanpa tekanan berlebihan.
  • Hannah bercadang untuk mengambil cuti panjang dari dunia lakonan jika mengandung semula bagi memastikan kesihatan kandungan terjaga.

Pelakon, Hannah Delisha berkongsi bahawa dia belum sampai ke tahap mendapatkan rawatan kehamilan bagi memperoleh zuriat.

Menurut Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia hanya mengamalkan pengambilan makanan tambahan dan suplemen bagi menjaga kesihatan diri.

“Setakat ini, saya belum sampai ke tahap mendapatkan rawatan.

"Namun, saya tidak menyalahkan sesiapa yang melakukannya tetapi untuk saya dan suami, kami belum berusaha secara ‘all out’ ke arah itu.

“Buat masa ini, saya hanya mengambil makanan tambahan dan suplemen sebagai langkah menjaga kesihatan dalaman,” katanya kepada Gempak.

Hannah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Kandungan Ramadan Astro 2026, baru-baru ini.

Menurut aktres drama Andai Itu Takdirnya itu, meskipun pernah melalui ujian keguguran sebelum ini, dia tidak membiarkan dirinya tenggelam dalam kesedihan dan memilih untuk percaya kepada takdir Tuhan.

“Setiap orang ada ujian masing-masing. Ada diuji dengan kesihatan, kewangan dan saya pula, ujiannya adalah zuriat.

“Sehingga hari ini saya tidak meletakkan sebarang tekanan berlebihan dan serahkan semuanya kepada Allah.

"Bila sampai masanya, saya percaya semuanya akan berlaku dengan izin-Nya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, pelakon kelahiran Singapura itu turut memaklumkan dia akan mengambil cuti panjang daripada dunia lakonan sekiranya diberi peluang untuk mengandung pada masa akan datang kerana beranggapan keguguran sebelum ini mungkin berpunca daripada jadual kerja yang terlalu padat.

"Pengalaman kehamilan pertama dahulu juga sangat padat dengan jadual kerja dan mungkin itu antara sebab kandungan tidak kuat.

“Jadi, jika mengandung lagi nanti, secara automatik saya memang akan berehat sepenuhnya,”

Terdahulu, Hannah dan Imam yang juga pelakon dari Singapura mendirikan rumah tangga sekitar Februari 2021. 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement