Skip to main content

Berita

Beri Alasan Mahu Tumpang Tidur, Lelaki Siap Sarung Baju Tidur Kartun Milik Teman Wanita Ketika Dicekup Khalwat

Lelaki kartun khalwat

Gara-gara cemas diserbu penguat kuasa agama, seorang lelaki hanya sempat menyarungkan baju tidur milik teman wanita ketika dicekup khalwat dalam kejadian di sebuah premis bilik sewa pada Khamis.

Lelaki berusia 23 tahun itu dilihat memakai baju yang mempunyai gambar kartun ketika pemeriksaan dibuat ke atas kedua-duanya yang berada dalam sebuah bilik pada jam lebih kurang 9.50 pagi.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, bekas pekerja kilang itu ditahan berkhalwat bersama pasangannya berusia 16 tahun yang dikatakan bekerja di sebuah pusat snooker.

"Remaja perempuan terbabit dikatakan baru bekerja sejak tiga bulan lalu dan menyewa bersama adik perempuan kekasihnya yang bekerja di tempat sama. Hasil soal siasat, mereka mengaku bukan suami isteri. Ketika ditangkap remaja perempuan memakai baju kelawar dan teman lelakinya memakai baju tidur bergambar kartun.

"Lelaki itu memberi alasan menumpang tidur di situ setelah menghantar teman wanita pulang dari tempat kerja," katanya.

Katanya, semasa diserbu, mereka mengambil masa kira-kira satu minit sebelum pintu dibuka dan pemeriksaan menjumpai, lelaki tersebut berada di atas katil.

Pemeriksaan juga mendapati, adik lelaki tersebut duduk di bilik sewa berasingan dalam premis yang sama.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 25 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah (EKJSK) 2014 kerana disyaki berkhalwat.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement