Skip to main content

Selebriti

Berita Baik! Mojoku Hilang Bakal Temui Penonton Indonesia 28 Ogos Ini

Berita Baik! Mojoku Hilang Bakal Temui Penonton Indonesia 28 Ogos Ini

Sekilas

  • Filem romantik komedi Malaysia, Mojoku Hilang, akan ditayangkan di pawagam Indonesia mulai 28 Ogos selepas tayangan di Singapura pada 31 Julai.
  • Filem ini mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula seekor lembu bernama Mojo yang menjadi rebutan penduduk setempat.
  • Mojoku Hilang menampilkan pelakon popular seperti Adipati Dolken, Mimi Lana, dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, serta membuka peluang karya tempatan dikenali di Indonesia.
Advertisement

Mojoku Hilang bakal menemui penonton Indonesia bermula 28 Ogos ini, selepas filem romantik komedi itu terlebih dahulu ditayangkan di Singapura pada 31 Julai lalu.

Menariknya, filem arahan produksi Malaysia itu tampil sebagai naskhah romantik komedi pertama yang dibawa ke pawagam Indonesia, sekali gus membuka peluang untuk karya tempatan dikenali lebih luas di negara jiran.

Advertisement

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken yang menyamar sebagai orang kampung demi mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan penduduk setempat.

Konflik tercetus apabila penduduk kampung bertindak ‘menculik’ Mojo sebagai usaha menghalang pengambilalihan tanah mereka oleh sebuah syarikat.

Namun, misi Adi mula berubah apabila dia secara tidak sengaja jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Advertisement

Selain Adipati, filem ini turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Mimi Lana, Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, Namron dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Men Happi Tokyo Short Sleeve Tee Shirt Baju Lelaki (JM7378) Sport Planet

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

Must Watch Video

Advertisement