Sekilas
- Seorang ibu muda di Brazil melahirkan bayi kembar yang mempunyai bapa berbeza, satu fenomena dikenali sebagai ‘heteropaternal superfecundation’.
- Ujian DNA menunjukkan hanya seorang bayi sepadan dengan kekasihnya, manakala seorang lagi mempunyai bapa berlainan.
- Fenomena ini sangat jarang berlaku dengan hanya kira-kira 20 kes direkodkan di seluruh dunia.
Seorang ibu muda berusia 19 tahun menjadi tumpuan apabila melahirkan bayi kembar yang sebenarnya mempunyai bapa yang berbeza.
Memetik laporan portal Marca, kejadian yang berlaku pada 2022 itu berlaku terhadap seorang gadis yang berasal daripada Goias, Brazil.
Pada awalnya, dia begitu gembira apabila dikurniakan cahaya mata kembar namun kegembiraannya terbantut apabila dia tidak mengetahui siapakah bapa sebenar kepada kedua anaknya itu.
Persoalan itu kemudiannya terjawab apabila keputusan ujian paterniti yang dilakukan mendapati hanya seorang bayi sahaja yang sepadan dengan kekasihnya manakala seorang lagi anaknya tidak mempunyai DNA yang sepadan.
Gadis itu kemudiannya membuat pengakuan bahawa dia pernah bersenggama dengan seorang lagi lelaki ketika sedang hamil.
Seorang pakar perubatan yang dikenali sebagai Dr. Jorge Franco kemudiannya mengesahkan bahawa fenomena ini dipanggil sebagai ‘heteropaternal superfecundation’ di mana hanya kira-kira 20 kes sahaja yang pernah direkodkan seluruh dunia.
Fenomena ini berlaku apabila terdapat dua ovum dari dua orang lelaki dalam satu kandungan. Fenomena ini juga menunjukkan bahawa hanya seorang bayi yang akan sepadan dengan bapa manakala seorang lagi mempunyai bapa yang berbeza.
Sumber: Portal Marca