Skip to main content

Indonesia

Bersihkan Rumah, Terkejut Bila Jumpa Mayat Ibu

IMG 1205

Sekilas

  • Seorang wanita terkejut menemui mayat ibunya yang disembunyikan di bawah timbunan pakaian ketika membersihkan rumah di Meruyung, Depok.
  • Mayat tersebut dipercayai disembunyikan dengan serbuk kopi ditabur untuk menyamarkan bau pembusukan, manakala beberapa barangan berharga mangsa hilang.
  • Penyiasatan kini tertumpu kepada suami tidak berdaftar mangsa yang sering bergaduh dan kini hilang tanpa jejak, dengan polis memburu suspek serta menyiasat kemungkinan motif samun.

Seorang wanita terkejut apabila menemui mayat ibunya berusia 56 tahun ketika membersihkan kediaman warga emas tersebut di Meruyung, Limo, Depok.

Wanita itu yang dikenali sebagai L berkata, pada awalnya dia menyangka ibunya, DH berada di Sukabumi, Jawa Barat berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga.

Kecurigaan mula timbul apabila dia bersama teman lelakinya, R kembali ke kediaman ibunya buat kali kedua untuk membersihkan bilik dan mengemas pakaian.

Menurut L, ketika sedang memasukkan timbunan pakaian ke dalam plastik, mereka terkejut apabila melihat sepasang kaki manusia yang hanya tinggal tulang dengan keadaan kulit yang mengering.

Pihak polis mendapati mayat tersebut disembunyikan di bawah lambakan pakaian, manakala serbuk kopi dipercayai ditaburkan di atas jenazah bagi menyamarkan bau pembusukan.

Selain itu, beberapa barangan berharga milik DH dilaporkan hilang, termasuk sebuah motosikal, dokumen, kunci serta telefon bimbit.

Penyiasatan kini tertumpu kepada suami menerusi perkahwinan tidak didaftarkan yang selama ini tinggal serumah.

Ketua Polis Cinere, Kompol Chairul Saleh berkata, hubungan rumah tangga antara DH dan suami sirinya kerap dilaporkan berlaku pertengkaran.

Bagaimanapun, suspek kini dilaporkan hilang tanpa jejak dan olis terus menjalankan siasatan rapi serta memburu suami berkenaan yang dipercayai mengetahui punca kematian DH.

Pihak berkuasa juga meneliti kemungkinan motif samun berikutan kehilangan beberapa barangan berharga milik mangsa.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement