Skip to main content

Selebriti

Beza Umur 10 Tahun, Noor Nabila Akhirnya 'Reveal' Sedang Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi - "Kedua-dua Belah Pihak Keluarga Dah Restu..."

noor pasangan

Sekilas

  • Noor Nabila mengesahkan jejaka berjambang yang dikongsi di InstaStory adalah kekasih yang dikenali sejak April tahun lalu dan kini dalam fasa serius mengenali antara satu sama lain.
  • Mereka merancang untuk membina hubungan yang tenang dan bahagia, dengan restu keluarga kedua-dua pihak serta bekerjasama dalam perniagaan makanan Jepun.
  • Nabila menekankan pentingnya kematangan, sikap penyayang, dan hubungan yang sihat selepas beberapa pengalaman perkahwinan sebelum ini.

Usahawan Noor Nabila mengesahkan foto jejaka berjambang yang dimuat naik di

InstaStory miliknya semalam adalah kekasih hati yang sedang dikenali sejak April tahun lalu.

Nabila atau nama sebenarnya Noor Nabila Mohd Noor, 41, berkata hubungan yang dibina secara serius dan matang dengan jejaka dikenali Mr AA itu diharapkan berjalan lancar sehingga ke mahligai perkahwinan.

Bagaimanapun Nabila menjelaskan, mereka masih dalam fasa mengenali antara satu sama lain dan tidak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan besar.

"Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.

"Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.

"Kami sudah berkawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Keluarga kedua-dua belah pihak pun dah restu hubungan ini, Alhamdulillah," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Nabila, meskipun berbeza jarak usia 10 tahun, namun dia selesa berkawan rapat dengan Mr AA yang disifatkan sebagai individu yang penyayang selain pandai memasak.

Baginya perbezaan usia bukan ukuran utama, sebaliknya kematangan, cara layanan, sikap seseorang itu lebih penting.

"Apa yang membuatkan saya selesa adalah sifatnya yang ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Malah dia juga memiliki naluri kebapaan yang semula jadi. Itu sesuatu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.

"Apa yang membuatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga dalam persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama.

"Saya juga melihat hubungan ini bukan daripada sudut material atau luaran, tetapi lebih kepada kualiti dalam seseorang itu dan objektif untuk bina kehidupan yang tenang dan , bahagia bersama.

"Selepas melalui beberapa pengalaman perkahwinan sebelum ini, saya lebih berhati-hati untuk memilih dan mengenali seseorang. Bagi saya, hubungan yang sihat itu penting dan perlu saling menyokong antara satu sama lain.

"Doakan semoga hubungan yang baru terjalin ini berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya.

Semalam perkongsian yang dimuat naik oleh Noor Nabila mencuri tumpuan ramai apabila dia bergambar bersama seorang lelaki berjambang.

Foto itu turut memperlihatkan lelaki berkenaan merangkul pinggang Nabila sekali gus

mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Menerusi hataran berkenaan, lelaki tersebut tampil ringkas mengenakan kemeja putih manakala Nabila memakai gaun berwarna ungu.

Untuk rekod, Nabila mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun perkahwinan tersebut berakhir setahun kemudian.

Dia kemudian berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai 2020.

Nabila seterusnya bernikah dengan Engkủ Emran Engku Zainal Abidin pada Mac 2021, namun perkahwinan itu juga tidak bertahan lama dan berakhir pada tahun berikutnya.

Sumber: mStar

 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement