Skip to main content

Selebriti

"Bila Nyanyi Ditanya Bila Nak Berlakon… Nak Apa Sebenarnya?" - Ben Ladin

Ben Ladin

Sekilas

  • Ben Ladin meluahkan rasa terkilan kerana sering dipersoal mengenai hala tuju kerjaya dan kehidupan peribadinya.
  • Dia menjelaskan bahawa setiap pilihan yang dibuat seperti menyanyi, berlakon, dan berniaga sering menjadi bahan pertikaian orang ramai.
  • Ben Ladin bersyukur dengan perjalanan hidupnya dan menegaskan pentingnya tidak bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja.

Penyanyi rap, Ben Ladin meluahkan rasa terkilan apabila sering menerima soalan berkaitan hala tuju kerjaya dan kehidupan peribadinya.

Menurut Ben, setiap pilihan yang dibuat seolah-olah tidak pernah memuaskan hati sesetengah pihak, malah sentiasa menjadi pertikaian.

“Bila nyanyi ditanya tak berlakon ke. Bila berlakon orang tanya harap kerja berlakon je. Dah berniaga orang tanya dah tak nyanyi ke. Umur 25 tahun dan dah ada anak, orang cakap ‘padahal batch 01’. Nak apa sebenarnya?” tulisnya.

Tambahnya lagi, dia bersyukur dengan perjalanan hidup yang diatur ketika ini dan menegaskan bahawa seseorang tidak boleh bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja.

“Saya bersyukur dengan hidup saya. Dunia sekarang tak boleh harap satu kerja sahaja. Saya bisnes, menyanyi dan berlakon.

"Cuma sekarang jarang berlakon sebab mungkin tiada watak sesuai. Orang tak pandang ketinggian saya. Sebenarnya saya tinggi saja, tapi humble,” ujarnya berseloroh.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement