Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Jangan Simpan Kuku! Shila Amzah Seru Peserta Serlahkan Potensi Diri - “Program Vokal Harus ‘Kill’ Masing-Masing…”

Borneo Rising: Jangan Simpan Kuku! Shila Amzah Seru Peserta Serlahkan Potensi Diri - “Program Vokal Harus ‘Kill’ Masing-Masing…”

Sekilas

  • Shila Amzah mengingatkan peserta Borneo Rising untuk keluarkan semua potensi dan bakat mereka kerana format program ini menuntut vokal yang tinggi dan power.
  • Borneo Rising bukan sekadar pertandingan nyanyian santai, tetapi menguji kekuatan dan ketepatan vokal peserta dengan penjurian 80% juri profesional dan 20% undian penonton.
  • Program ini dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad, disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan TV Okey, serta boleh distrim melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Advertisement

Juri tetap, Shila Amzah menyeru agar semua peserta program Borneo Rising (BR)  berusaha sehabis baik dan mengeluarkan segala potensi serta bakat yang ada pada umum.

Menerusi perkongsian di Threads, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah berkata format pentas BR adalah sedikit berbeza dengan program realiti nyanyian yang lain.

Advertisement

Menurut Shila, pentas BR bukan sekadar pertandingan menyanyi semata-mata, namun ia banyak menguji peserta dari segi kekuatan dan ketinggian vokal.

“Borneo Rising ini mengikut kata penerbit memang suara awak kena tinggi dan power. Dia bukan program untuk nyanyi santai-santai. Sebab itulah ada power graph pada bahagian kiri dan kanan pentas itu.

“Tapi tinggi yang kena sedap dan harus tepat. Jadi, masyarakat pun harus faham kalau ada program yang vokal itu harus ‘kill’ masing-masing. Inilah program dan platformnya. 

“Jadi, kepada semua peserta, jangan nak simpan kuku dan keluarkan semua senjata,”tulisnya.

Selain Shila, bintang Borneo Rising diadili oleh dua juri tetap lain iaitu Noh Salleh dan Marsha Milan.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan juri profesional dan 20 peratus undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September hingga 25 Oktober 2026.

Program itu bersiaran secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.



 

Anda mungkin berminat dengan

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

GOOJODOQ Bluetooth 5.0 Wireless Smart Earphone

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement