Skip to main content
Advertisement

Rancangan Realiti

Borneo Rising: Kemenangan Dipertikai, Dabra Tak Ambil Hati - “Mungkin Sebab Saya Dah Tahu…”

Borneo Rising: Kemenangan Dipertikai, Dabra Tak Ambil Hati - “Mungkin Sebab Saya Dah Tahu…”

Sekilas

  • Dabra, juara Borneo Rising, tidak mengambil hati dengan komen negatif netizen dan memilih untuk fokus membuktikan kebolehannya dalam industri seni.
  • Dia melihat komen negatif sebagai tanda kejayaan program dan bukti bahawa setiap peserta sudah mula mempunyai peminat tersendiri.
  • Pengalaman menghadapi kritikan sejak menang Sugandoi 2019 membantu Dabra kekal positif dan bersemangat untuk terus berkarya.
Advertisement

Juara Borneo Rising, Dabra mengakui tidak mengambil hati dengan komen-komen netizen yang mempertikaikan kemenangannya di program realiti berkenaan.

Menurut Dabra, pada awalnya dia sedikit sedih dengan komen tersebut, namun dia kembali bangkit dan ingin membuktikan kepada orang ramai dengan kebolehan dan kemampuannya di dalam industri seni.

Advertisement

“Memang pada mulanya bila saya baca semalam, saya rasa macam, ‘Alamak, kenapa jadi begini?’Tapi itulah, saya kalau rasa down, saya akan tidur. Lepas tu bangun, saya akan rasa bersemangat. Saya rasa macam, ‘Wah, saya mahu tunjuk ni, kamu belum tahu lagi saya boleh buat begini’

“Saya tidak ambil hati dengan komen mereka. Mungkin sebab saya tahu jalan saya dan saya tahu apa yang saya boleh lakukan,”katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Dabra, dia memandang perkara tersebut ke arah positif dan menggangap komen berkenaan sebagai bukti hasrat program tersebut untuk mengukuhkan nama peserta dan menguatkan lagi kelab peminat masing-masing akhirnya tercapai.

Advertisement

“Saya rasa semua orang yang beri komen negatif itu adalah peminat daripada ‘fan base’ peserta lain. Di mana saya rasa itu satu pencapaian untuk peserta tersebut sebab mereka sudah mula ada peminat mereka tersendiri.

“Jadi untuk saya, ada juga yang menyokong saya. Itu maksudnya peminat saya pun kuat. Jadi kami semua masing-masing ada peminat yang sudah mula kuat. Jadi saya rasa itu satu pencapaian dan matlamat Borneo Rising tercapai,”ujarnya.

Katanya, dia pernah berdepan dengan perkara yang sama ketika memenangi Sugandoi pada tahun 2019, maka dia sudah tahu cara untuk berdepan dengan segala kecaman dan kritikan.

“Saya tidak ambil perkara itu sebagai sesuatu yang negatif. Saya ambil ia sebagai positif, di mana sewaktu zaman Sungadoi dulu, saya pun ada dapat kecaman juga.

“Saya tidaklah terlalu sedih sebab mungkin saya sudah tahu formula dia. Saya sudah tahu cara untuk berdepan dengan perkara itu. Orang kalau tak suka dari awal, saya jadi Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali pun mereka tetap tidak akan suka

“Saya ingin buktikan kepada orang ramai bahawa saya mampu relevan walaupun dengan suara yang begini. Saya percaya peminat dan penyokong tahu kelebihan saya.

“Saya bukan cakap saya terlalu yakin, tapi benda itulah yang membuatkan saya bersemangat untuk teruskan. Kalau tidak, saya akan terus putus asa. Sebab itulah saya rasa saya masih menyanyi sampai sekarang,”kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

Must Watch Video

Advertisement