Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Pernah Jadi Barista & Suka Eksperimen Kek Di Rumah, Jecinta Impi Buka Kedai Kafe - “ Bapa Saya Pernah Berpesn…”

Borneo Rising: Pernah Jadi Barista & Suka Eksperimen Kek Di Rumah, Jecinta Impi Buka Kedai Kafe  - “ Bapa Saya Pernah Berpesn…”

Sekilas

  • Jecinta Olivia Malina, peserta Borneo Rising yang tersingkir minggu kelima, merancang untuk sambung belajar dalam bidang kulinari atau teruskan karier nyanyian.
  • Dia bercita-cita buka kafe kopi dan kek, serta terbuka terima tawaran seni termasuk lakonan, pengacaraan dan modelling.
  • Jecinta juga berkongsi nasihat bapanya supaya utamakan minat sebenar dan mahu mencabar diri dengan pelbagai watak dalam bidang lakonan.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Jecinta berkongsi hala tuju dirinya selepas perjalanannya di program berkenaan terhenti di minggu kelima.

Jecinta atau nama penuhnya Jecinta Olivia Malina,23 berkata dia merancang untuk menyambung pelajaran dalam bidang kulinari ataupun meneruskan kariernya sebagai seorang penyanyi.

Advertisement

Menurut Jecinta, rasa minatnya terhadap bidang kulinari bermula sejak kecil lagi, malah dia menyimpan hasrat untuk membuka sebuah kedai kafe yang menawarkan kopi dan kek.

“Saya rancang untuk sambung belajar dan teruskan bidang industri di mana-mana pertandingan. Saya mahu ambil bidang mengajar dari segi kulinari.

“Saya sangat minat memasak dan baking kerana ia adalah salah satu cita-cita saya jadi penyanyi. Saya teringin nak buka kedai kopi dengan tema kopi, pastries dan kek. Dulu, saya ambil bidang pastri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri.

Advertisement

“Kadang kala saya suka bereksperimen di rumah dan ada pengalaman barista. Dulu ada menjual sekarang saya berehat. Mungkin selepas BR, saya akan sambung jual-jual juga. Dulu ada buka order seperti kek chiffon atau cheese kek. Memang cita-cita dari kecil,”katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, Jecinta yang berasal dari Miri, Sarawak itu turut berkongsi pesanan bapanya yang menasihati untuk sentiasa mengutamakan perkara yang paling diminatinya terlebih dahulu.

“Bapa saya cakap boleh menyanyi tetapi utamakan apa yang saya betul-betul minat. Mana tahu kalau ada orang buat event, saya boleh menyanyi. Dia macam pakej. Saya ada tiga cita-cita. Jadi usahawan, penyanyi dan chef,”ujarnya.

Ditanya mengenai sama ada dia meminati bidang lain selain menyanyi, Jecinta berkata dirinya terbuka untuk menerima segala tawaran berkaitan seni terutama bidang lakonan.

Katanya, dia mahu membawa pelbagai watak yang membolehkannya mencabar diri dan keluar dari zon selesa.

“Saya sangat berminat dalam bidang lakonan, pengacaraan dan modelling. Kalau bab berlakon, saya suka menghadap kamera dan membawakan pelbagai watak seperti watak gila atau jahat. 

“Saya mahu mencabar diri. Saya terbuka untuk sebarang genre termasuklah romantik, seram mahupun komedi.

“Ramai sebenarnya selebriti yang saya ingin ganding bersama. Dulu saya suka tonton Polis EVO seperti Zizan Razak. Selain itu, Aaron Aziz,”jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

Must Watch Video

Advertisement