Skip to main content

Rancangan Realiti

Borneo Rising: Petrova Kekal Juara Dua Minggu Berturut-Turut, Perjalanan Aadel Terhenti

Borneo Rising: Petrova Kekal Juara Dua Minggu Berturut-Turut, Perjalanan Aadel Terhenti

Sekilas

  • Petrova kekal di tangga teratas minggu ketiga Borneo Rising dengan markah 75.19 peratus menerusi lagu Emas nyanyian Nadeera.
  • Dabra dan Joy masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga, dengan Dabra memenangi hadiah RM1,000 untuk Persembahan Paling Power.
  • Aadel tersingkir manakala Faris dan Rizzani akan bertarung dalam pertandingan battle minggu keempat untuk terus kekal dalam pertandingan.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Petrova sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya menduduki tangga teratas pada minggu ketiga program berkenaan.

Menerusi persembahan lagu Emas nyanyian Nadeera, Petrova meraih markah keseluruhan sebanyak 75.19 peratus daripada juri tetap.

Advertisement

Tempat kedua dan ketiga pula masing-masing menjadi milik Dabra dengan markah 70.55 peratus dan Joy yang memperoleh 64.45 peratus.

Dabra turut mencuri perhatian apabila membawa pulang hadiah RM1,000 selepas dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Paling Power sumbangan CelcomDigi pada segmen terakhir.

Minggu bertemakan Ikon Power Up tersebut turut menyaksikan Faris, Jecinta dan Rizzani berada di kedudukan terbawah selepas memperoleh markah keseluruhan yang rendah.

Advertisement

Faris dan Rizzani masih berpeluang meneruskan perjalanan mereka apabila bakal menentukan nasib menerusi pertandingan battle pada segmen pertama minggu keempat Borneo Rising.


Bagaimanapun, perjalanan Aadel dalam Borneo Rising terpaksa berakhir apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir malam itu.

Malam tersebut turut diserikan dengan persembahan medley daripada Amir Masdi dan Nadeera yang membawakan lagu Pelukan Angkasa.

Berikut merupakan markah penuh bagi minggu ketiga Borneo Rising (BR):

Untuk minggu ketiga, barisan juri terdiri daripada dua juri tetap iaitu Noh Salleh dan Marsha Milan, manakala penyanyi Jaclyn Victor hadir sebagai juri jemputan.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

 

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

70mai A800SE Dashcam 4K Resolution + HDR | Built-in GPS & ADAS | Supercapacitor | Dual-Channel | App Control

Must Watch Video

Advertisement