Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Tak Menyampuk Bila Juri Lain Bercakap, Bella Astillah Raih Pujian Netizen - "Biarpun Ada Kekurangan..."

Borneo Rising: Tak Menyampuk Bila Juri Lain Bercakap, Bella Astillah Raih Pujian Netizen - "Biarpun Ada Kekurangan..."

Sekilas

  • Bella Astillah mendapat pujian ramai sebagai juri jemputan minggu kelima Borneo Rising kerana cara budi bahasanya yang sopan dan tidak mencelah ketika juri lain bercakap.
  • Penjurian Borneo Rising melibatkan tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah dengan 80% markah dari juri profesional dan 20% dari undian penonton.
  • Program Borneo Rising disiarkan secara langsung setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria dan TV Okey, serta boleh distrim melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.
Advertisement

Penyanyi, Bella Astillah meraih pujian ramai ketika menjadi juri jemputan bagi minggu kelima program Borneo Rising.

Menurut seorang individu di Threads, dia memuji cara Bella memberi komen kepada peserta yang disifatkan penuh beradab dan budi bahasa.

Advertisement

Malah, tindakan Bella yang tidak mencelah ketika juri lain sedang bercakap turut menjadi perhatian.

“Dia sangat beradab, tutur kata biarpun ada kekurangan pada persembahan peserta tetapi dia tidak merendahkan.

“Tidak menyampuk bila juri lain berikan komen dan pendapat. Budi bahasa dia memang terbaik,”tulisnya.

Advertisement

Bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY MICKEY MOUSE CAP Unisex Blue KA9885

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

adidas Football AFA ARGENTINA BACKPACK Unisex Blue KE1386

Must Watch Video

Advertisement