Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: Tak Perlu Lagi Datang Ke KL! Astro ‘Buang Barrier’, Cungkil Bakat Anak Borneo

Borneo Rising: Tak Perlu Lagi Datang Ke KL! Astro ‘Buang Barrier’, Cungkil Bakat Anak Borneo

Sekilas

  • Astro memperkenalkan Borneo Rising, platform pencarian bakat baharu khas untuk anak-anak Borneo yang ingin menonjol dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa.
  • Program ini bertujuan mengangkat budaya, warisan dan identiti muzik Borneo sambil memberi peluang kepada bakat terpendam dari Sabah dan Sarawak tanpa perlu ke Kuala Lumpur.
  • Borneo Rising akan disiarkan mulai 6 September di Astro Ria dan TV Okey, dengan pengacara Zizan Razak dan Sherry Alhadad serta juri terkenal seperti Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.
Advertisement

Buat julung kalinya, Astro bakal membawakan platform pencarian bakat baharu, Borneo Rising yang direka khusus untuk mencungkil bakat luar biasa rakyat Malaysia, khususnya anak-anak Borneo.

Platform ini membuka ruang buat mereka melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air, bukan sahaja di peringkat nasional, malah berpotensi mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Advertisement

Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu, Astro, Raqim Ahmad, Borneo Rising merupakan platform pencarian bakat generasi baharu yang pertama seumpamanya, dengan misi mengangkat semangat, budaya dan identiti muzik Borneo.

Katanya, program tersebut bukan sahaja bertujuan mencungkil bakat baharu, malah membimbing dan mengangkat suara-suara yang selama ini kurang diberi perhatian untuk mendapat pengiktirafan di peringkat nasional.

“Borneo Rising lebih daripada sekadar pertandingan, ia merupakan satu penghargaan terhadap kesenian, warisan budaya, genre muzik dan semangat kreatif yang telah sekian lama menjadi identiti di Sabah dan Sarawak.

“Menerusi program ini, kita dapat mendalami, memahami dan mempelajari keunikan alunan irama muzik yang dibawakan oleh para peserta, sekali gus mengangkat budaya mereka ke satu pentas yang lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari berkata, pihaknya sudah lama menyimpan hasrat untuk mencungkil lebih banyak bakat terpendam dari Sabah dan Sarawak.

Malah, katanya, Borneo Rising menjadi antara usaha Astro untuk merapatkan jurang dan membuka peluang lebih luas kepada bakat dari Borneo tanpa mereka perlu datang ke Kuala Lumpur.

“Borneo Rising adalah sebuah rancangan baharu dan pertama kali kami buat rancangan di Sabah. Sebelum ini, kami dah pernah buat di kawasan Lembah Klang.

“Alhamdulillah, tahun ini dengan kerjasama CelcomDigi, kita berjaya buat rancangan full-skilled lapan episod dan bertapak di Sabah.

“Kita dah lama buat rancangan di Kuala Lumpur. Ada sahaja peserta dari Sabah dan Sarawak, tetapi kita nak cuba buang barrier itu supaya mereka tidak lagi perlu datang ke Kuala Lumpur.

“Malah, kami ingin pergi ke sana dan melihat sendiri jika di sana ada lebih banyak suara yang selama ini belum kita dengari,” ujarnya kepada Gempak.

Program ini bakal bermula pada 6 September ini dan disiarkan setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Borneo Rising turut menampilkan gandingan dua pengacara terkenal tanah air, Zizan Razak dan Sherry Alhadad.

Barisan juri pula terdiri daripada nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air dari Sarawak, Sabah dan Kuala Lumpur, termasuk vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement