Skip to main content

Selebriti

Borneo Rising: “Teringin Nak Berjumpa Dengan Faizal Tahir…” - Afiq

Borneo Rising: “Teringin Nak Berjumpa Dengan Faizal Tahir…” - Afiq

Sekilas

  • Afiq dari Borneo Rising bercita-cita untuk menghasilkan lagu dan lirik sendiri yang memberi impak positif kepada pendengar selepas menimba lebih banyak ilmu.
  • Selepas tersingkir pada minggu keenam, Afiq akan fokus mempromosikan single terbarunya, ‘Di Luar Nalarku’, yang masih belum ada muzik video dan promosi rasmi.
  • Afiq mengakui Faizal Tahir sebagai sumber inspirasi dan berharap dapat bertemu idola tersebut untuk belajar dan berkembang dalam bidang muzik.
Advertisement

Bintang Borneo Rising, Afiq menyimpan hasrat untuk menghasilkan lagu sendiri dan menulis lirik yang mampu meninggalkan kesan positif kepada pendengar.

Afiq atau nama penuhnya Mohammad Afiq Ikram Saad berkata dia mahu menimba lebih banyak ilmu terlebih dahulu agar dapat menghasilkan karya yang berkualiti.

Advertisement

“Saya teringin nak buat lagu sendiri, lirik sendiri tetapi buat masa ini saya mencuba cuma masih banyak ilmu lagi saya perlukan supaya lagu yang saya buat dapat beri impak kepada para pendengar,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah tersebut mahu memberi tumpuan kepada promosi single terbaharunya, ‘Di Luar Nalarku’ selepas tamat menyertai Borneo Rising.

“Buat masa sekarang, perancangan saya selepas tamat Borneo Rising, saya akan beri tumpuan pada lagu single saya. Lagu ini memang baru lagi cuma belum ada muzik video dan belum buat promosi. Saya akan fokus ke arah itu dulula,” ujarnya.

Advertisement

Ditanya mengenai sumber inspirasinya dalam bidang muzik, Afiq mengakui dia amat meminati Faizal Tahir dan berharap dapat bertemu penyanyi itu suatu hari nanti.

“Saya terinspirasi daripada Faizal Tahir kerana lagu dia inspired dan sesuai dengan trend semasa.

“Saya tak pernah jumpa dia tapi teringin juga nak bertemu. Kalau dapat jumpa idola, pasti saya akan tanya beberapa soalan untuk berkembang,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Afiq terpaksa akur selepas diumumkan tersingkir pada minggu keenam program tersebut.

Untuk minggu berkenaan, bintang Borneo Rising diadili oleh tiga juri tetap iaitu Noh Salleh, Marsha Milan dan Shila Amzah serta juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat.

Penjurian Borneo Rising ditentukan menerusi 80 peratus pemarkahan daripada juri profesional dan 20 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Borneo Rising dihoskan oleh Zizan Razak dan Sherry Al-Hadad selama lapan minggu, bermula 6 September 2026 hingga 25 Oktober 2026.

Program itu disiarkan secara langsung dari ITCC Mall, Penampang, Sabah, setiap Ahad, jam 9 malam.

Borneo Rising boleh ditonton menerusi Astro Ria (saluran 104) dan TV Okey (saluran 146), selain boleh distrim secara On Demand melalui Astro GO, Sooka dan RTMKlik.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Must Watch Video

Advertisement