Skip to main content

Selebriti

Boss Ned Kongsi Kapsyen Manis Buat Nadia Brian, Netizen Siap Cipta 'Hashtag' - "Sama Cantik Sama Padan"

Boss Ned

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri sekali lagi menyorot perhatian ramai selepas memuat naik gambar pelakon, Nadia Brian beserta kapsyen yang manis dan menyentuh hati.

Nedim atau lebih mesra disapa sebagai Boss Ned berkongsi foto Nadia yang mengenakan gaun putih rona merah jambu bercorak bunga sambil memegang sebuah beg berwarna merah jambu, berlatar belakangkan suasana bandar pada waktu malam.

Menurut Boss Ned, Nadia menjadi faktor utama hari-harinya berjalan dengan baik tanpa hari yang buruk.

"Dia adalah penyebab hari buruk saya sentiasa kalah," tulisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa gembira sambil mendoakan kebahagiaan mereka berdua.

"Ok 'approved'! Dia sangat cantik luar dan dalam.

"Sama cantik sama padan.

"Gembira untuk kamu berdua. Semoga ke jinjang pelamin," komen netizen.

Malah, ada juga netizen yang mula mencipta ‘hashtag’ khas untuk pasangan tersebut berdasarkan gabungan nama mereka berdua.

""#NeNad la eh.

"#Nedia.

"#Naed," tambah mereka.

Terdahulu, Boss Ned dan Nadia menyorot perhatian selepas berkongsi gambar bersama sekali gus mencetuskan spekulasi netizen bahawa mereka berdua didakwa sedang hangat bercinta.

Sekadar info, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamed Neqayl.

Bagaimanapun, selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 19 Jun 2024 di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement