Skip to main content

Selebriti

Bukan Marketing Murahan, Cik B Sahkan DSV & Fazley Bercinta - “Dia Tak Nak Kahwin Biasa-Biasa…”

Bukan Marketing Murahan, Cik B Sahkan DSV & Fazley Bercinta - “Dia Tak Nak Kahwin Biasa-Biasa…”

Sekilas

  • Cik B mengesahkan hubungan cinta ibunya, Datuk Seri Vida, dengan cef selebriti Fazley Yaakob adalah benar dan bukan sekadar strategi pemasaran.
  • Dia menyokong perancangan perkahwinan mereka yang dikatakan akan menjadi fenomena dan luar biasa, seperti keluarga Ambani dan berpotensi masuk Netflix.
  • Selain itu, Cik B berkongsi pengalaman istimewa menyertai program TTMM2 Astro yang sangat dekat di hatinya dan bertemu ramai rakan hebat.
Advertisement

Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B mengesahkan ibunya dan cef selebriti, Fazley Yaakob sememangnya bercinta dan bukanlah sekadar ‘marketing’ seperti yang didakwa ramai.

Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata pada awalnya dia juga menyangka percintaan mereka hanyalah lakonan semata-mata. Namun, rupanya mereka sememangnya ‘type’ masing-masing.

Advertisement

“Mama dan Dida memang bercinta dan bukanlah marketing murahan. Ia perkara betul. Saya doakan yang baik-baik sahaja. Mula-mula saya pun ingat marketing, tetapi dua-dua terjatuh cinta. Mama adalah type Dida. Dida adalah type mama.

“Dida memang lelaki gentleman walaupun kadang-kadang saya cemburu sebab kasih sayang itu terbahagi. Asalkan dia gembira,” katanya kepada Gempak.

Ditanya mengenai ura-ura ibunya bakal mendirikan rumah tangga bersama Fazley, Cik B berkata dia amat mengalakkan perkahwinan mereka berdua.

Advertisement

Malah, Vida juga pernah memaklumkan padanya bahawa dia inginkan perkahwinan yang fenomena dan luar biasa.

“Lebih baik kahwin. Dia kata dia tak nak kahwin biasa-biasa. Dia nak macam Ambani Family. Dia nak jadi trend dan masuk Netflix,” ujarnya.

Selain itu, sempena meraikan ulang tahun Astro yang ke-30, Cik B turut berkongsi penglibatannya bersama Astro menerusi TTMM2 yang disifatkan sebagai antara pengalaman paling istimewa dan dekat di hatinya.

“Banyak program dan projek yang telah saya sertai. Namun, TTMM2 paling dekat dengan hati. Saya sangat beruntung masuk musim kedua ini dan bukanlah musim pertama ataupun ketiga sebab saya jumpa rakan-rakan yang hebat.

“Antaranya ialah Ammara, Farish, Azeva, Hussain, Kim, Ratu, Athelia dan Viviana. TTMM2 paling peak. TTMM3 akan datang tak boleh caras,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

YOUMILIER Sweatshirt Pants Set 8062

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

READY STOCK High Neck Women Long Sleeve Casual Solid Color Shirt - MIYU

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

Ready StockBlack seluar black long perempuan Ladies Straight Cut Pant women pants casual seluar slack wanita

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

TIMAGE Tri-color Contouring Plate

Must Watch Video

Advertisement