Pelakon, Eyra Hazali meluahkan rasa risaunya terhadap peningkatan kes jenayah di sekolah yang semakin membimbangkan kebelakangan ini.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Eyra menegaskan pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan segera sebelum isu keselamatan pelajar menjadi semakin parah.
Advertisement
"Apa yang terjadi dengan sekolah zaman sekarang. Makin menjadi-jadi kes jenayah. Serius kena buat sesuatu. Bukan setakat laungkan 'no bully'. Ini sangat merisaukan," tulisnya
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendapat Eyra dan turut mencadangkan solusi terbaik bagi mencegah isu berkenaan.
"Nak hantar sekolah pun dah takut sekarang. Tolong buat sesuatu.
"Ini akibat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak mereka. Cikgu pun dah tak boleh nak buat apa sebab nanti mereka yang kena balik.
"Betul, haramkan telefon pintar dan media sosial untuk kanak-kanak di bawah umur. Masalah pun akan selesai," komen netizen.
Terdahulu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat maut ditikam pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pada Selasa.