Skip to main content

Berita

Bukit Tunku Jadi 'Hotspot' Kisah Misteri, Penumpang Tanpa Izin & Penampakan 'Cik Ponti' Antara Cerita Popular

WhatsApp Image 2026 04 06 at 2.03.51 PM

Sekilas

  • Bukit Tunku, dulu dikenali sebagai Kenny Hills, terkenal dengan sejarah dan seni bina rumah mewah dari zaman British yang masih berdiri hingga kini.
  • Kawasan ini mula dikaitkan dengan cerita misteri seperti penampakan pontianak dan bunyi aneh di malam hari, terutama di rumah-rumah lama yang ditinggalkan kosong.
  • Walaupun ada kisah seram, Bukit Tunku tetap menjadi kawasan berprestij dengan suasana tenang dan privasi yang tinggi di tengah kesibukan Kuala Lumpur.
Advertisement

Setiap tempat ada sejarahnya sendiri. Kawasan luas dan bangunan megah pasti ada kisahnya, dan kadang-kadang terselit misteri yang belum terungkap.

Bukit Tunku atau dulu dipanggil Kenny Hills turut tidak terlepas dari kisah seram. Dahulu, kawasan ini penuh dengan banglo mewah, rumah diplomat dan rumah lama yang dikelilingi pokok hijau.

Advertisement

Dibina sejak zaman British, Bukit Tunku mempunyai ketenangan, privasi, dan jauh dari kesibukan bandar yang sesuai untuk golongan berpengaruh.

Namun lama-kelamaan, kawasan ini mula dikaitkan dengan cerita misteri. Jalan sunyi, pokok tinggi, dan kabus malam menimbulkan suasana seram. Selepas ledakan hartanah pada 1980-an, beberapa banglo lama ditinggalkan kosong. Rumah-rumah sunyi ini jadi tempat timbulnya cerita pelik seperti kedengaran bunyi aneh, bayangan melintas dan kelibat misteri di Jalan Tunku.

Cerita paling popular termasuk penampakan pontianak dan penunggang motosikal hantu. Ada juga bunyi pelik malam-malam tanpa diketahui punca. Tiada bukti rasmi, tapi kisah ini terus tersebar dan menjadikan Bukit Tunku antara kawasan misteri yang terkenal di Kuala Lumpur.

Advertisement

Di sebalik cerita seram, Bukit Tunku masih kaya sejarah dan seni bina. Banyak rumah dari 1950-an dan 1960-an masih berdiri, ada yang diubah suai menjadi rumah moden, ada yang dibiarkan usang, menjadi saksi kebisuan zaman dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement