Sekilas
- Zain Saidin dipuji sebagai suami yang gentleman dan pemimpin keluarga yang rendah diri dalam menjaga rumah tangga bersama Rozita Che Wan.
- Dalam video tular, Zain menolak isterinya melakukan rawatan wajah kerana percaya kecantikan semula jadi Che Ta sudah cukup dan rawatan itu dianggap berdosa.
- Che Ta dan Zain berkahwin sejak 2013 dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana.
Seorang pengguna di Threads memuji cara pelakon, Zain Saidin melayani isterinya yang juga pelakon, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta.
Menerusi perkongsian di Threads, dia tidak menyangka bahawa rupanya Che Ta di bawah pimpinan dan bimbingan Zain kerana menyangka Che Ta yang mendominasi rumah tangga mereka.
"Sangat gentleman, cara bercakap pun matang, tegas dan sopan. Nampak macam Che Ta superior dalam rumah tangga. Tapi cara dia cakap dah menunjukkan sebenarnya Che Ta yang di bawah pimpinan dia. Zain adalah seorang yang pemimpin keluarga yang rendah diri," tulisnya.
Perkongsian tersebut tular selepas video Zain menghalang isterinya daripada menjalani sebarang rawatan 'buat muka' menarik perhatian ramai.
Dalam video tersebut, Zain menjelaskan bahawa dia tidak bersetuju Che Ta melakukan rawatan wajah kerana baginya kecantikan isterinya sudah semula jadi dan dia tidak menyokong tindakan yang dianggap berdosa.
"Semua akan tua dan tidak setegang ketika muda. Tapi Che Ta pada umurnya, kulitnya masih tegang. Biasalah perempuan walaupun sudah cantik tapi masih ingin lebih dari itu. Saya memang tak suka dan tidak berminat kerana saya lebih memilih agar dia kelihatan natural.
"Che Ta pun tak nak buat rawatan itu tapi saya rasa memang tak cantik dan perkara itu haram serta berdosa. Saya tetap akan sayangkan dia yang sedia ada," katanya.
Sekadar info, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang puteri, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November 2014.