Skip to main content

Selebriti

Chazynash Tampil Mohon Maaf, Tak Jadi Tarik Balik Pemberian Mutaah Kepada Bekas Isteri- “Janganlah Kecam Saya…”

Ezzanie jasny

Pempengaruh Chazynash tampil memohon maaf susulan isu pemberian mutaah yang ditarik semula daripada bekas isterinya, Fatin Morat.

Menerima teguran dengan hati terbuka, Chazy menjelaskan pemberian mutaah itu tidak dibuat melalui mahkamah sebaliknya hanya perjanjian dilakukan antara dirinya dan Fatin.

“Saya nak minta maaf kepada semua atas kenyataan saya sebelum ini berkaitan isu mutaah. Saya terima teguran daripada anda semua dengan hati yang terbuka.

“Untuk penjelasan, keputusan pemberian mutaah tersebut bukan dibuat melalui proses mahkamah sebaliknya atas persetujuan bersama secara baik antara kami pada ketika itu. ‘Kalau saya dah bagi duit mutaah ni, jangan la awak tuntut harta sepencarian lagi okay? Kita deal cara elok-elok.. penat naik turun mahkamah’.

“Dia setuju, selagi saya tak culas nafkah anak-anak. Ia dibuat dengan niat untuk menyelesaikan perkara secara damai tanpa memanjangkan urusan dan keletihan berulang-alik ke mahkamah,” kongsinya.

Tidak akan menuntut semula mutaah itu, bagaimanapun Chazy mengakui kelemahannya dalam bentuk persetujuan itu dan memohon netizen berhenti melemparkan kecaman terhadap dirinya.

“Namun, saya akui bahawa cara dan bentuk persetujuan tersebut adalah kelemahan di pihak saya sendiri dan ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

“Saya mohon, janganlah kecam saya atau dia dalam hal ini. Saya pun dah reda sekarang dengan apa yang telah berlaku. Duit hadiah/mutaah tersebut, saya tak jadi tuntut semula,” ujarnya.

Pada perkongsian lain, Chazy mendoakan agar Faton senyiasa dalam keadaan baik selain ingin jalani kehidupan dengan tenang bersama isteri serta anak-anak.

“Saya mendoakan agar dia sentiasa berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Kini, saya hanya ingin meneruskan kehidupan dengan tenang bersama isteri dan anak-anak.

“Sekali lagi, saya mohon maaf dan terima kasih atas teguran serta nasihat yang diberikan. Sekian, terima kasih,” katanya.

Must-Watch Video

Advertisement