Skip to main content

Selebriti

Che Puan Sarimah Kongsi Pencapaian Hidup, Netizen Terpegun; - " Bukan Biasa-Biasa! Dengar Ada Black Belt Pun Dah Seram"

Bakar isteri

Sekilas

  • Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi pencapaian pendidikan dan vokasionalnya yang pelbagai di media sosial, termasuk ijazah Psikologi dan latihan sebagai pengajar Pilates serta skydiver bertauliah.
  • Beliau menegaskan kebanyakan pencapaian tersebut diperoleh sebelum berkahwin dan masih ada lagi yang belum dikongsikan.
  • Netizen memuji kecerdasan dan kejayaan Sarimah, mengagumi gabungan kecantikan dan kepintarannya serta sikap wanita berpendidikan dan berdikari.
Advertisement

Pelakon dan pengacara terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim meraih perhatian netizen selepas berkongsi pencapaiannya di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah berkongsi kejayaannya dalam bidang pendidikan dan vokasional.

Advertisement

"Ok ini pencapaian pendidikan dan vokasional anak Johor dan Ireland. Sekolah kebangsaan sampai Tingkatan 1, kemudian baru ke luar negara.

"Ada Degree in Psychology, Diploma in teaching English to adults, Advanced Meisner Technique, ICF Life Coach, HRDC Certified, Pilates instructor training, Advanced rescue scuba diver, certified skydiver, black belt Second Dan in Karate," tulisnya.

Katanya, masih banyak pencapaian yang tidak dikongsikan lagi sambil menjelaskan setiap pencapaian itu berlaku sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Advertisement

"Ada lagi tapi macam eksyen pula. 90% ini semua sebelum kahwin," ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terpegun dengan kejayaan anak kelahiran Ireland itu dan amat mengagumi pencapaiannya.

"Intelligent CP, beauty with brain!

"Wow Cp! Terpegun jap.

"Pergh bukan biasa-biasa ni, dengar ada black belt pun dah seram.

"Pelakon terbaik CP! Love sangat dia. Nampak mahal dia ni.

"Impressive! Kami suka wanita berpendidikan dan independent," puji netizen.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement