Sekilas
- Cik B, anak usahawan Datuk Seri Vida, mencari lelaki yang setia, kaya, dan sekufu dari segi pemikiran sebagai pasangan.
- Dia menekankan pentingnya keserasian dalam cara berfikir untuk mengelakkan pertelingkahan dalam hubungan.
- Cik B juga berkongsi cabaran perbezaan latar belakang dan memilih untuk merahsiakan individu yang pernah meluahkan perasaan kepadanya.
Anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkongsi ciri-ciri lelaki yang menjadi pilihan hatinya.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata dia mahu lelaki yang setia, kaya dan sekufu dengannya dari segi pemikiran.
Katanya, dia amat mementingkan keserasian dalam cara berfikir supaya dirinya mudah difahami dan mengelakkan sebarang pertelingkahan dalam hubungan.
“Saya nak setia dan kaya. Tunggu saya glow up dulu. Bab bab cari kawan dan pasangan kena sekufu dari segi cara pemikiran.
“Kalau kita dengan orang tak sekufu, kita akan asyik bergaduh. Kena cari orang yang faham dengan kita,”katanya kepada Gempak.
Tambahnya, perbezaan latar belakang juga boleh menjadi cabaran dalam hubungan jika pasangan tidak dapat menyesuaikan diri.
“Contoh, kita orang berada tetapi dia bukan berada. Kita dari kecil dah selesa tetapi dia tidak, dia tak boleh adapt. Kita pula yang kena adapt,”kongsinya.
Dalam masa sama, Cik B mendedahkan ada individu yang meluahkan perasaan padanya, namun dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai hal tersebut.
“Ada sahaja yang confess kat saya tetapi biarlah rahsia. Saya suci dari lahir. Kita kena sekufu,”ujarnya.