Pasangan kembar, Amin dan Abid sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila mempamerkan kreativiti mereka dalam menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.
Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan kembar itu menghasilkan imej kapal yang berlayar menuju ke Palestin sebagai simbolik kepada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dengan menggunakan idea dan imaginasi mereka.
Advertisement
"Khas untuk pejuang kita," tulis mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji hasil kerja mereka yang disifatkan bijak memanfaatkan platform digital untuk menyebarkan kesedaran mengenai Palestin.
"Mereka tahu bagaimana untuk menggunakan platform sebaik mungkin.
"Terima kasih kerana menggunakan platform ini dengan cara yang cantik sekali. Tahniah.
"Tak sangka laut dia boleh buat jadi bergelora.
"Harap warga Palestin lihat karya agung ini.
"Kembar Amin Abid tidak pernah mengecewakan.
"Cantiknya seni. Suka sangat. Free Palestine," komen netizen
Bukan itu sahaja, karya mereka turut mendapat perhatian dari aktivis kemanusiaan, Nadir Al-Nuri yang memuji ciptaan mereka dan berhasrat untuk membelinya bagi dipamerkan di ibu pejabat Cinta Gaza Malaysia (CGM) buat tontonan umum.