Pelakon, Uqasha Senrose berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya dan anaknya, Qaira yang sukar mendapat tidur lena akibat batuk teruk dan demam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen meluahkan walaupun dirinya tidak mendapat rehat yang cukup, namun dia terus kuat demi menjaga putri sulungnya itu.
Advertisement
"Tiga hari kita sama-sama tak dapat tidur malam, Qaira batuk teruk, saya pun demam, empat kali dah pergi klinik. Takpe, ibu akan stay up untuk awak. Anak ibu kuat dan saya pun kena kuat untuk awak.
"Saya boleh buat ni Insyaallah. Dah empat hari ibu tak tidur, terus mandi pergi kerja," tulis Uqasha.
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa hubungan suami isteri itu kini sedang goyah.
Bagaimanapun, Kamal Adli tampil menjelaskan beberapa salah faham antaranya dan Uqasha untuk memperbetulkan kenyataan segelintir netizen yang membuat andaian tidak berasas mengenai kehidupannya.
Sekadar rekod, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam satu majlis pernikahan tertutup di Janda Baik, Pahang.
Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.