Skip to main content

Selebriti

Daiyan Trisha Reda Kena 'Scam' Slot Rembayung Dengan 'Dayang' - "Saya Rugi Sekitar..."

daiyan trisha

Sekilas

  • Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan scammer yang menjual slot tempahan restoran Rembayung milik Khairul Aming di media sosial.
  • Selepas membuat pembayaran RM120, akaun scammer di platform Threads hilang dan slot tempahan tidak diterima.
  • Daiyan tidak terlalu kecewa tetapi kesal dengan scam yang berlaku terutama pada bulan Ramadan dan berharap individu terbabit dikenakan tindakan.

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan 'scammer' yang menjual slot tempahan restoran Rembayung milik Khairul Aming di media sosial.

Menurut Daiyan, selepas dia membuat pembayaran sebanyak RM120, akaun Threads milik scammer yang dikenali sebagai Dayang itu telah pun hilang.

"Sebenarnya kami beli slot tempahan tersebut daripada individu bernama Dayang dalam platform Threads tetapi sebenarnya saya sudah rasa ragu-ragu.

"Jadi, kami pun macam bersedia sekadar 50/50, kalau kena 'scam', kami pergilah ke restoran lain. Jika ada rezeki, Alhamdulillah.

"Rupa-rupanya memang kena 'scam' dan nama individu berkenaan ialah Dayang, saya masih simpan nombor akaun dia! Bila nak tengok balik, akaun Threads Dayang sudah tidak wujud," katanya kepada Gempak.

Daiyan berkongsi perkara tersebut ketika majlis rakaman Melodi Raya, semalam.

Dalam masa sama, Daiyan akui dia tidak terlalu kecewa dengan penipuan itu kerana mengenangkan mangsa lain yang lebih terkesan dari dirinya yang datang lebih jauh semata-mata untuk nikmati juadah di restoran terkenal itu.

"Disebabkan kena scam, saya rugi sekitar  RM120. Tidaklah terlalu marah sebab ketika itu saya tenang saja cuma kasihan pada mereka yang mungkin bawa ibu bapa atau datang dari jauh seperti dari Kelantan atau Perlis nak makan di Rembayung, kemudian kena 'scam'.

"Macam mana dia boleh sanggup buat benda ini pada bulan puasa? Tanggunglah dosa.

"Hari biasa pun tak okey, apatah lagi pada bulan Ramadan, memang sangat tidak baik," jelasnya.

Terdahulu, Daiyan menerusi sebuah video berkongsi momen dia dan pasukannya menjadi mangsa 'scam' individu yang menjual slot tempahan restoran Rembayung baru-baru ini.

Dia juga sempat berseloroh mahu meminta Khairul Aming menangkap individu berkenaan.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement