Sekilas
- Program realiti drama memasak 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' episod ke-10 menampilkan Inspektor Sani dan Sarjan Ain memasak menu seperti nasi ikan bawal geprek dan pengat pisang karamel.
- Resipi lengkap kedua-dua menu menggunakan susu Goodday sebagai bahan utama turut dikongsi dalam program ini.
- Program ini disiarkan di Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan dan turut mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 bermula 19 Februari.
Program realiti drama memasak pertama di Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani' kembali dengan episod kesepuluh yang lebih mencuit hati.
Kali ini Inspektor Sani (Zizan Razak) ditemani oleh Sarjan Ain (Isyariana) yang akan memasak pelbagai menu seperti nasi ikan bawal geprek dan pengat pisang karamel.
Drama apa yang akan terjadi antara Sarjan Ain dan Inspektor Sani? Saksikan ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani’ dengan konsep ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.
Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 NASI IKAN BAWAL GEPREK
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai Cili padi merah
3 biji Cili merah besar
2biji Bawang merah kecil
4 ulas Bawang putih
1sudu makan Gula
1 sudu the Garam
2 sudu makan Minyak panas
2 sudu makan Susu GOODDAY
2 ekor Ikan bawal hitam
1 biji Limau nipis
1 sudu teh Serbuk kunyit
1kg Minyak masak
Timun, Salad, Tomato
CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk sambal geprek, potong kecil semua bahan supaya senang untuk di geprek nanti.
2. Dalam lesung, satukan semua barang dan geprek/hancurkan/tumbuk bahan-bahan sehingga separuh hancur.
3. Perasakan dengam garam n gula.
4. Tuang minyak panas ke dalam sambal dan gaul.
5. Tuang pula susu GOODDAY untuk rasa lebih keren!
6. Lumur ikan bawal dgn garam n serbuk kunyit. Goreng garing.
7. Hidang sambal ke dalam mangkuk dan geprek ikan bawal goreng di dalam lesung.
#2 PENGAT PISANG KARAMEL
BAHAN-BAHAN:
1 cawan Gula
5 sudu makan Air
1 biji Pisang tanduk
2 cawan Susu GOODDAY
2 helai Daun pandan
2 sudu makan Biji sagu putih kecil
Secubit Garam
1 sudu makan Gula merah
CARA PENYEDIAAN:
1. Masak gula hangus dengan panaskan gula kastor dan air di dalam periuk.
2. Gaul bancuhan gula sehingga menjadi gula hangus.
3. Masukkan susu GOODDAY dan daun pandan, gaul sebati.
4. Masukkan pisang tanduk dan biar masak seketika.
5. Masukkan pula biji sagu dan masak seketika.
6. Perasakan dengan garam n gula merah.
7. Hidang.
Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.
Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.
Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.
Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.