Skip to main content

Selebriti

Dapur Goodday Misi Inspektor Sani: Makin Riuh! Kali Ini Inspektor Sani Bawa Hajah Munah Masak Mee Goreng Mamak & Kuih Talam Susu

Watie Sadali

Sekilas

  • Zizan Razak kembali dengan program realiti drama memasak pertama Malaysia, 'Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani', bermula 18 Februari di Astro Ria dan platform On Demand.
  • Program ini menampilkan resipi menggunakan susu Goodday dan turut membuka gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 dari 19 Februari hingga 18 Mac untuk jualan menu dalam rancangan.
  • Dalam episod kedua, Zizan bersama watak baru Sarjan Ain dan Hajah Munah memasak Mee Goreng Mamak dan Kuih Talam Susu sambil menjalankan misi menyamar sebagai peniaga makanan.

Mesti ramai yang merindui gelagat Inspektor Sani yang merupakan watak lakonan pelawak Zizan Razak dalam filem Polis Evo.

Bagi mengubat hati peminat, Zizan kembali menerusi program realiti drama memasak pertama di Malaysia, ‘Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani bermula 18 Februari ini.

Menariknya lagi ‘cooking show’ ini juga mempunyai gerai di bazar Ramadan Putrajaya Presint 3 yang menjual menu masakan dalam proram tersebut bermula 19 Februari.

Konsep program tersebut sekali gus menepati slogan ‘Tengok Hari Ini, Esok Boleh Beli’.

Istimewanya lagi, setiap resipi dalam program ini menggunakan susu Goodday sebagai sebahagian daripada ramuannya, menjadikan hidangan kaya rasa.

Dalam misi ini, Zizan bersama penolong baharu Gen Z iaitu Sarjan Ain (lakonan Isyariana), menyamar sebagai peniaga makanan bagi menjejaki pengedar dadah licik yang bersembunyi di sebuah kampung.

Untuk episod kedua, Zizan ditemani oleh Watie Sadali yang memegang watak sebagai Hajah Munah.

Alang-alang dalam operasi, Inspektor Sani dan Hajah Munah dengan bantuan Sarjan Ain itu bersama-sama memasak menu Mee Goreng Mamak selain pencuci mulut Kuih Talam Susu sebagai pelengkap menu.

Jom kita 'intai' resepi penuh untuk menu-menu tersebut!

#1 Mee Goreng Mamak

450 gram Mee kuning
3 biji Bawang merah (dihiris)
3 ulas Bawang putih (dihiris)
2 sudu makan Cili kisar
1 sudu makan Serbuk kari
1 sudu makan Sos tiram
1 sudu makan Kicap cair
1 sudu makan Sos cili
3 biji Telur
2 biji Kentang rebus (dadu besar)
3 pokok Sawi baby
3 biji Tomato merah (bebaji)
3 pokok Daun bawang (potong saiz 2 inci)
Cili merah (hiris)
Daun ketumbar (hiris)

CARA MEMASAK

Tumis bawang merah, bawang putih dan telur hingga masak kemudian letak sos tiram, kicap cair dan sos cili.

Masukkan mee kuning yang telah dibasuh.

Masukkan juga tomato merah dan daun bawang. Kacau perlahan sebati sehingga sawi masak.

Pastikan mee digoreng sehingga sedikit kering.

Hidang dan hias bersama cili merah dan daun ketumbar.


#2 Kuih Talam Susu

Lapisan putih
400 ml Santan pekat
1 ¾ cawan Susu Goodday Full Cream
¾ cawan Tepung beras
2 sudu makan Tepung jagung
2 sudu teh Garam

Lapisan hijau
6 helai Daun pandan
1 cawan Air
1 cawan Santan pekat
1 cawan Susu Goodday Full Cream
2 cawan Tepung gandum
2 sudu makan Tepung ubi
1 sudu makan Air kapur
1 cawan Gula perang
2 titik Pewarna hijau

CARA MEMASAK

Panaskan periuk kukus.

Untuk lapisan hijau, kisar daun pandan dan air sehingga halus. Tapis.

Gaul semua bahan termasuk air pandan tadi. Tapis.

Kemudian, panaskan seketika di dalam periuk.

Kukus lapisan hijau dahulu.

Apabila sudah siap kukus, cakar permukaan lapisan hijau menggunakan garfu.

Ulang proses sama untuk lapisan putih. Kukus.

Sejukkan di suhu bilik dahulu, baru potong. Hidang.

Saksikan Dapur Goodday: Misi Inspektor Sani di saluran Astro Ria setiap hari sepanjang Ramadan, bermula 18 Februari jam 5.30 petang di platform On Demand dan Astro GO.

Gunakan #MisiInspektorSani di media sosial, dan ikuti perkembangan terbaru tentang program masakan ini di akaun Instagram, TikTok, Threads dan Facebook akaun Gempak.

Manakala penonton boleh membeli masakan yang disiarkan dalam program tersebut di gerai bazaar Ramadan Putrajaya Presint 3 mulai 19 Februari hingga 18 Mac ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Must-Watch Video

Advertisement