Skip to main content

Berita

Dari Bangunan Lama Ke Ruang Seni, Pasangan Usahawan Ini Beri Nafas Baharu Kepada Medan Pasar

Dari Bangunan Lama Ke Ruang Seni, Pasangan Usahawan Ini Beri Nafas Baharu Kepada Medan Pasar

Sekilas

  • Sepasang suami isteri membuka Muara Arts Gallery di bangunan bersejarah Medan Pasar, Kuala Lumpur, dengan tujuan memulihkan dan menghidupkan semula kawasan itu.
  • Galeri ini mempamerkan karya lebih 40 artis dari dalam dan luar negara dalam pelbagai medium, termasuk lukisan, arca, dan video.
  • Acara pembukaan hujung minggu ini menawarkan katalog percuma kepada 100 pengunjung pertama dan persembahan langsung oleh Hands Percussion.
Advertisement

Impian sepasang suami isteri untuk menghidupkan semula bangunan bersejarah menjadi kenyataan apabila studio galeri yang diusahakan mereka bakal dibuka secara rasminya hujung minggu ini.

Lebih menarik, studio galeri yang diberi nama Muara Arts Gallery ini bertempat di Medan Pasar, Kuala Lumpur yang merupakan tempat bersejarah yang sangat dekat di hati rakyat dan juga merupakan antara destinasi utama pelancong setiap kali berkunjung ke Malaysia.

Advertisement

Berkongsi mengenai usaha mereka itu, usahawan yang dikenali sebagai Brahmal Vasudevan memaklumkan bahawa segalanya bermula selepas isterinya, Shanthi Kandiah berhasrat untuk menghidupkan semula sebuah kafe lama bertempat bangunan bersejarah yang terletak di Medan Pasar.

Menurut Brahmal, isterinya terdetik untuk membeli dan memulihkan salah sebuah bangunan di kawasan itu selepas mengenang kembali momen dan kenangannya sewaktu menjadi pelanggan tetap sebuah restoran sewaktu mula bekerja sebagai peguam satu ketika dahulu.

“Sewaktu kami sedang menikmati juadah di sebuah restoran seberang bangunan ini, isteri saya menceritakan kembali pengalamannya mengunjungi bangunan tersebut ketika dia masih muda dan bekerja sebagai peguam.

Advertisement

“Dahulu, terdapat sebuah kafe yang sangat terkenal beroperasi di bangunan ini dan mahkamah pula terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad pada ketika itu.

“Dia kemudian memberitahu saya bahawa rakannya yang memiliki bangunan ini mahu menjualnya. Jadi, Shanthi berkata, “Mengapa kita tidak membeli bangunan ini dan memulihkannya semula menjadi kafe seperti dahulu?,” kongsinya ketika sesi lawatan Muara Arts Gallery pada Khamis.

Selepas berjaya membeli bangunan tersebut, Brahmal kemudiannya mengembangkan ideanya kerana berasakan bangunan yang terletak di Medan Pasar itu perlu mempunyai daya tarikan yang mampu menarik orang ramai untuk datanh berkunjung dan meluangkan masa di kawasan itu.

Ujar Brahmal, dia melihat banyak potensi untuk menghidupkan semula kawasan Medan Pasar yang mempunyai nilai sejarah dan seni bina tersendiri.

Selain mahu menggalakkan orang ramai berkunjung, mereka juga mahu mengangkat semula seni dengan menghimpunkan karya seni dari dalam dan luar negara menerusi studio galeri Muara Arts Gallery.

“Matlamat kami sebenarnya hanyalah tiga perkara. Pertama, kami mahu memulihkan bangunan dari segi fizikal. Namun, pemulihan semata-mata tidak mencukupi. Kami juga perlu memastikan bangunan ini mempunyai kandungan atau aktiviti yang cukup menarik untuk menggalakkan orang ramai, khususnya rakyat Malaysia, datang dan meluangkan masa di sini.

“Kami juga mahu mencari jalan untuk menggalakkan agensi pelancongan membawa pengunjung ke kawasan ini,” tambahnya lagi.

Kini, Muara Arts Gallery sudah pun ‘bersedia’ untuk menerima pengunjungnya dengan pameran akan bermula pada hujung minggu ini.

Diinspirasikan daripada karya berterusan artis Singapura, Ho Tzu Nyen berjudul The Critical Dictionary of Southeast Asia, pameran ini menghimpunkan karya lebih 40 artis dari dalam dan luar negara menerusi pelbagai medium termasuk lukisan, arca, tekstil, instalasi, video dan karya atas kertas.

Pada hari pembukaan, 100 pengunjung pertama yang hadir secara ‘walk in’ tanpa tempahan akan menerima katalog pameran secara percuma, dengan barisan akan mula dibuka seawal jam 9.30 pagi.

Program pembukaan turut dimeriahkan dengan persembahan secara langsung oleh Hands Percussion pada pukul 9.45 pagi, selain dua sesi bual bicara seni khas untuk pemegang tiket.

Anda mungkin berminat dengan

【Malaysia Stocks】Abraca Dabra Premium Wash Cotton Fitted Bedsheet Soft Skin-friendly Cadar Bergetah Keliling - Queen/King/Single

【Malaysia Stocks】Abraca Dabra Premium Wash Cotton Fitted Bedsheet Soft Skin-friendly Cadar Bergetah Keliling - Queen/King/Single

Abraca Dabra Premium Cotton Bedsheet - Single/Super Single/Queen/King

Abraca Dabra Premium Cotton Bedsheet - Single/Super Single/Queen/King

50 Designs 100%cotton Vintage Floral and Plain Pure Color PillowcaseEnvelope Pillowcase 48*74cm*1pc Pillowcover

50 Designs 100%cotton Vintage Floral and Plain Pure Color PillowcaseEnvelope Pillowcase 48*74cm*1pc Pillowcover

SYK Seamaster Wall-Tex (7 Liter) Interior Acrylic Emulsion Paint Wall Paint Cat Dinding Dalam Cat Air Cat Dalam Rumah

SYK Seamaster Wall-Tex (7 Liter) Interior Acrylic Emulsion Paint Wall Paint Cat Dinding Dalam Cat Air Cat Dalam Rumah

Must Watch Video

Advertisement