Skip to main content

Berita

Didakwa Berhutang RM1.4Juta, Yuti Serahkan Pada Peguam - "Saya Tidak Menafikan Bahawa Perkara Ini..."

Didakwa Berhutang RM1.4Juta, Yuti Serahkan Pada Peguam - "Saya Tidak Menafikan Bahawa Perkara Ini..."

Sekilas

  • Pempengaruh media sosial Yuti mengesahkan dakwaan hutang RM1.4 juta sedang diuruskan oleh peguamnya dan tidak akan memberi komen lanjut.
  • Yuti mengakui situasi perniagaannya sukar dan menghargai sokongan yang diterima daripada orang ramai.
  • Dakwaan tersebut melibatkan wang modal perniagaan yang diserahkan kepada seorang usahawan sebelum ini.
Advertisement

Pempengaruh media sosial, Yuti tampil mengulas mengenai dakwaan dirinya berhutang dengan seorang usahawan berjumlah RM1.4 juta.

Menerusi perkongsian di Threads, Yuti memilih untuk tidak mengulas lanjut hal tersebut dan meletakkan segala dakwaan pada peguamnya.

Advertisement

"Dakwaan-dakwaan yang tersebar mengenai saya dan syarikat saya kini sedang diuruskan sepenuhnya oleh peguam saya, dan saya tidak akan memberi sebarang komen lanjut selagi ia diuruskan,"tulisnya.

Dalam pada itu, Yuti mengakui situasi yang melibatkan perniagaannya itu bukanlah perkara yang mudah untuk dilaluinya.

Namun, dia turut menghargai segala ruang dan sokongan orang ramai yang diberikan padanya.

"Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan bahawa ini bukanlah tempoh yang mudah buat saya, team saya dan keluarga. Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan, dan saya mohon kesabaran semua sementara perkara ini diselesaikan dengan sewajarnya,"ujarnya.

Terdahulu, nama pempengaruh Yuti pernah menjadi bualan hangat selepas didakwa mempunyai hutang berjumlah RM1.4 juta kepada seorang usahawan.

Difahamkan, wang ringgit berjumlah RM1.4 juta telah diserahkan kepada individu terbabit untuk dijadikan modal bagi menjalankan perniagaan.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement