Skip to main content

Selebriti

Didakwa Curang, Wanita Potong & Tetak Kemaluan Suami 50 Kali

potong anu

Sekilas

  • Seorang wanita Korea Selatan dipenjara tujuh tahun selepas memotong dan menetak kemaluan suaminya kira-kira 50 kali kerana dipercayai berlaku curang.
  • Serangan itu dirancang bersama anak perempuan dan menantu, dengan mangsa diikat dan diserang menggunakan senjata tajam di sebuah kafe.
  • Mahkamah mensabitkan mereka atas kesalahan mencederakan berat, dengan mangsa memohon hukuman ringan terhadap tertuduh.

Seorang wanita dari Korea Selatan dipenjara tujuh tahun selepas bertindak memotong dan menetak kemaluan suaminya kira-kira 50 kali kerana berang lelaki itu dipercayai berlaku curang.

Menurut portal Must Share News, wanita berusia 58 tahun itu merancang serangan bersama anak perempuan dan menantunya selepas memperoleh bukti bahawa suaminya menjalin hubungan dengan wanita lain dalam kejadian pada 1 Ogos 2024 di Hwado-myeon, Pulau Ganghwa, Incheon.

Menurut rekod mahkamah, mangsa yang berusia 50 tahun ketika itu sedang minum bersendirian di sebuah kafe sebelum tertidur.

Menantu lelaki mangsa masuk ke premis berkenaan dan mengikatnya menggunakan tali serta pita industri ketika mangsa tidak sedarkan diri.

Tertuduh kemudian menyerang dengan memotong kemaluan lelaki itu serta menetaknya sebanyak 50 kali menggunakan senjata tajam.

Bagi memastikan kecederaan kekal, bahagian yang dipotong kemudiannya dibuang ke dalam tandas kafe tersebut.

Mangsa ditemui pasukan kecemasan sebelum dikejarkan ke hospital dan terselamat selepas menjalani pembedahan, namun mengalami trauma fizikal serta psikologi.

Pendakwaan menuntut sabitan cubaan membunuh dengan memohon hukuman penjara 15 tahun terhadap isteri mangsa dan tujuh tahun terhadap menantunya, dengan mengambil kira tahap keganasan serangan.

Bagaimanapun, Mahkamah Daerah Incheon memutuskan kedua-dua tertuduh tidak bersalah atas cubaan membunuh, sebaliknya mensabitkan mereka atas kesalahan mencederakan secara berat.

Mahkamah turut menjatuhkan hukuman penjara empat tahun terhadap menantu mangsa kerana membantu melakukan serangan, manakala anak perempuan mangsa didenda tiga juta won (RM8,000) kerana terlibat secara tidak langsung dengan mengupah penyiasat persendirian bagi menjejaki bapanya.

Sejak siasatan awal, wanita itu menegaskan bahawa tujuannya hanya untuk mencacatkan suaminya dan bukan untuk membunuh.

Walaupun mengalami kecederaan serius, mangsa mencapai penyelesaian rasmi dengan isterinya dan secara rasmi memohon kepada mahkamah agar tidak menjatuhkan hukuman berat.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, permintaan mangsa supaya tertuduh tidak dihukum berat menjadi faktor mitigasi penting yang boleh mempengaruhi keputusan hukuman.

Sumber: Sinar Harian

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement