Skip to main content

Selebriti

Didakwa Tiada Gambar Raya Bersama Anak, Sissy Iman Tampil Bersuara - "Kami Hormati Privasi Mereka..."

WhatsApp Image 2026 03 26 at 2.55.02 PM

Sekilas

  • Sissy Iman menjelaskan suaminya, Dr Zamir, ada anak-anak tetapi mereka memilih untuk tidak berkongsi gambar anak-anak tirinya di media sosial demi menjaga privasi.
  • Mereka tetap beraya bersama anak-anak dan mempunyai gambar raya yang comel, namun tidak didedahkan secara terbuka.
  • Sissy menegaskan bahawa apa yang dipaparkan di media sosial tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar dan menghargai keprihatinan netizen.

Penyanyi Sissy Iman tampil menjawab persoalan netizen mengenai ketiadaan anak-anak Dr Zamir dalam perkongsian gambar raya mereka.

Menerusi Instagram Story, Sissy memaklumkan suaminya sering menerima pertanyaan sedemikian di DM Instagram.

"Kepada yang DM Dr Zamir bukan ada anak ke? Tak raya dengan anak ke? Saya jawab kat sini la senang sikit,"tulisnya.

Sissy menjelaskan bahawa mereka ada gambar raya bersama anak-anak, namun memilih untuk tidak berkongsi secara terbuka demi menghormati privasi anak-anak tirinya.

"Mereka ada sahaja beraya dengan kami dan gambar raya kami comel gila. Kami ada ambil gambar bersama untuk disimpan, tetapi macam yang saya cakap sebelum ini, buat masa sekarang kami tak mahu dedahkan anak-anak kami secara terbuka sebab kami sangat mementingkan dan menghormati privasi mereka.

"Jangan tanya dah. Kami baik sahaja. Bahagia, alhamdulillah,"ujarnya.

Pelantun lagu Mungkin Kamu itu turut menegaskan bahawa apa yang dipaparkan di media sosial tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar.

"Sosial media bukan dunia yang betul. Tak kongsi gambar bukan bermakna tiada atau tak sayang. Terima kasih sebab risau,"katanya.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Topik Berkaitan

Advertisement