Skip to main content

Selebriti

Didi Astillah Sebak, Titip Ucapan Istimewa Buat Bella Astillah - “Insyallah, Ini Adalah Perkahwinan Yang Kekal…”

Didi Astillah Sebak, Titip Ucapan Istimewa Buat Bella Astillah - “Insyallah, Ini Adalah Perkahwinan Yang Kekal…”

Sekilas

  • Didi Astillah menitiskan air mata dan memberi ucapan penuh kasih sayang buat kakaknya, Bella Astillah, menjelang hari perkahwinannya dengan Syed Saddiq.
  • Bella dan Syed Saddiq akan melangsungkan akad nikah pada 10 Oktober 2026 di Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan majlis resepsi dan keraian di beberapa lokasi termasuk Muar dan Sabah.
  • Kisah mereka boleh disaksikan menerusi program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq yang akan disiarkan mulai 6 Oktober 2026 di Astro Ria dan platform digital Astro.
Advertisement

Menjelang beberapa hari sebelum perkahwinan, adik kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astillah gagal menahan air mata ketika sedang berkongsi ucapan istimewa buat kakak kesayangannya itu.

Menerusi program Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq episod dua yang disiarkan di Astro Ria, Didi berkata dia akhirnya boleh menarik nafas lega untuk melepaskan Bella di tangan orang yang tepat.

Advertisement

Malah, sokongan dan dorongan dia terhadap Bella tidak akan pernah pudar meskipun Bella akan bergelar isteri orang tidak lama lagi.

“Lagi beberapa hari sahaja, kaklong akan menjadi isteri orang. Saya rasa saya boleh bernafas dengan lega. Saya sentiasa akan sokong kaklong. Saya sentiasa ada untuk kaklong,”katanya.

Didi turut percaya perkahwinan Bella kali ini akan kekal selamanya dan kegembiraan akan menjadi miliknya.

Advertisement

“Selepas ini, ada yang pegang tangan kaklong. Kaklong tak akan tidur sendirian. Ada yang akan bimbing kaklong bersama dengan Eden dan Ara. Waktunya dah nak dekat. Insyaallah, perkahwinan ini akan kekal selama-lamanya dan kaklong akan sentiasa gembira. Saya tak pernah tak tinggal dengan kaklong,”ujarnya.

Sementara itu, Bella pula merakamkan penghargaan buat Didi yang sentiasa menjadi orang terawal untuk berjuang mempertahankannya setiap kali ada sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

“Terima kasih kerana selalu ada. Setiap kali ada kejadian berlaku, mesti adik akan kedepan. Walaupun saya akan pindah tetapi kita tetap akan sama,”balasnya.

Sebelum ini, Bella dan Syed Saddiq  mengumumkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober depan di acara MeleTOP.

Pasangan itu dijadualkan melangsungkan akad nikah di Precinct Merdeka 118, Kuala Lumpur, menjadi pasangan pertama yang diijabkabulkan di lokasi berkenaan menerusi kolaborasi Astro dan Precinct Merdeka 118.

Bagi majlis akad nikah, Bella dan Syed Saddiq memilih konsep serba putih dengan elemen Arab yang turut mendapat persetujuan keluarga kedua-dua belah pihak.

Selain majlis resepsi di Kuala Lumpur (18 Oktober), pasangan tersebut turut merancang beberapa majlis persandingan dan keraian di Muar, Johor (24 Oktober), dan Sabah (31 Oktober) dengan lokasi tepat akan diumumkan kemudian.

Kisah pasangan romantis ini boleh disaksikan menerusi Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq bermula 6 Oktober 2026, setiap Selasa, jam 11 malam di Astro Ria (Saluran 104).

Program berkenaan turut boleh distrim secara On Demand menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda juga boleh menyaksikan majlis akad nikah Bella dan Syed Saddiq disiarkan secara langsung pada 10 Oktober 2026, Sabtu, jam 9 pagi.

Siaran langsung itu boleh ditonton menerusi Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Awani (Saluran 501), Sooka dan Astro GO, selain platform media sosial Astro Malaysia serta Astro Gempak.

Anda mungkin berminat dengan

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

Spender Remaja Perempuan Silk Panties Cute Underwear Woman Cotton Set Spenda Budak Student Panty Seluar Dalam Wanita

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

{S-XXL} Tshirt Plain/Tshirt Kosong Premium 100% Cotton 170GSM Slim Fit Unisex

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Crush Fashion American Style Side Stripe Summer Thin Paratrooper Pants for Women Loose Wide Leg Straight Street Dance Sports Cargo Pants

Must Watch Video

Advertisement