Skip to main content

Filem

Dikelilingi Pengarah Otai Dalam Mojoku Hilang, Min Lim Akui Tertekan - “Filem Lebih Penting Dari Ego Saya”

Dikelilingi Pengarah Otai Dalam Mojoku Hilang, Min Lim Akui Tertekan - “Filem Lebih Penting Dari Ego Saya”

Sekilas

  • Mojoku Hilang menampilkan visual memukau, lokasi indah, dan lakonan berkualiti tinggi yang jarang dilihat dalam filem tempatan.
  • Filem ini dibarisi pelakon dan pengarah ikonik seperti Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman, dan Namron yang memberi sokongan penting kepada pengarah Min Lim.
  • Mojoku Hilang mengisahkan Adi yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula lembu Mojo dan akan ditayangkan di pawagam mulai 23 Julai ini.
Advertisement

Tanpa disangkal lagi, Mojoku Hilang hadir dengan keunikan tersendiri yang jarang dilihat dalam filem tempatan.

Daripada visual yang memukau, pemilihan lokasi yang indah sehinggalah kualiti lakonan, filem ini boleh dianggap berada dalam kumpulan karya terbaik dan bertaraf tinggi.

Advertisement

Lebih menarik, Mojoku Hilang turut menampilkan barisan pelakon dan pengarah ikonik yang berjaya menambah kekuatan serta warna kepada keseluruhan penceritaan.

Antara yang terlibat ialah Wan Hanafi Su, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Aziz M. Osman dan Namron.

Pengarah Mojoku Hilang, Min Lim, turut mengakui kehadiran tokoh-tokoh berpengalaman itu memberi tekanan positif kepadanya, namun dalam masa sama banyak membantu sepanjang proses pembikinan filem.

“Saya yang paling kurang pengalaman. Ia sangat pressure. Kita tak cakap pasal pengarah yang random tetapi kita bercakap tentang pengarah otai.

“Sebenarnya mereka sangat membantu. Mereka ada menyumbang dalam pembikinan filem dan membantu saya. Saya boleh minta nasihat dari mereka.

“Ada satu babak yang dibuat semalaman. Kami rakam dalam dua hingga tiga jam tetapi saya merasakan babak tersebut tidak kena. Selepas banyak pertimbangan, saya merasakan filem saya lebih penting dari ego saya. Saya cakap pada mereka dan minta maaf kerana perlu buat semula babak tersebut.

“Namun, mereka amat memahami dan bersetuju untuk buat semula. Saya sangat berterima kasih pada mereka,” katanya.

Mojoku Hilang mengisahkan Adi, lakonan Adipati Dolken, yang menyamar sebagai orang kampung untuk mendapatkan semula Mojo, seekor lembu yang menjadi rebutan selepas penduduk kampung bertindak ‘menculiknya’ bagi menghalang pengambilalihan tanah oleh sebuah syarikat.

Namun, misinya berubah apabila dia jatuh hati kepada seorang gadis tempatan yang paling lantang menentang syarikat miliknya sendiri.

Filem ini turut dibintangi ramai pelakon hebat lain termasuklah Adipati Dolken dan Mimi Lana. 

Mojoku Hilang merupakan terbitan Double Vision dengan kerjasama Astro Shaw, Mocha Chai Laboratories dan Argo Films dan bakal menemui penonton di pawagam bermula 23 Julai ini.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Must Watch Video

Advertisement