Skip to main content

Berita

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri Bermula Tengah Malam 18 Mac

Tol

Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai melalui Mesyuarat Jemaah Menteri, dengan tanggungan kewangan berjumlah RM21.03 juta bagi tujuan pampasan kepada syarikat konsesi tol.

"Diskaun tol ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 tengah malam pada 18 Mac 2026 (Rabu) hingga 11.59 malam 19 Mac 2026 (Khamis).

"Ia melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua lebuh raya, kecuali di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menambah, pemberian diskaun tol percuma itu adalah tambahan daripada beberapa langkah telah dilaksanakan sebelum ini, seperti bayaran awal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada 5.2 juta penerima, melibatkan peruntukan RM1.3 bilion.

Selain itu, kerajaan turut mengumumkan pemberian cuti tambahan Aidilfitri kepada penjawat awam, pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan dari 14 hingga 28 Mac serta peluasan subsidi tiket penerbangan FLYsiswa bernilai RM400 kepada pelbagai institusi pengajian tinggi.

Perdana Menteri menambah, Kerajaan MADANI melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga akan melaksanakan inisiatif pelepasan kebankrapan secara Fast Track, yang membabitkan kira-kira 4,000 individu, khususnya ibu dan bapa tunggal, yang akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan bersempena Aidilfitri.

Menurut Anwar, semua langkah tersebut adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras Kerajaan MADANI bagi memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang dicapai bersama.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Advertisement