Usahawan terkenal, Khairul Ameng sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman lucunya ketika disoal tentang perkahwinan dan kali ini semasa sambutan Deepavali.
Menerusi perkongsian di Thread, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman menceritakan detik mencuit hati itu ketika menaiki lif bersama seorang wanita dan anaknya yang berpakaian sari.
Advertisement
“Jumpa seorang makcik dan anaknya yang pakai sari dalam lif. Mereka tanya kalau saya ni Khairul Ameng, saya pun jawab ya sambil ucap Selamat Hari Deepavali,” tulisnya.
Namun, suasana mesra itu bertukar lucu apabila wanita berkenaan mula bertanya tentang status dirinya.
“Eh Khairul, awak masih bujang ke? Tinggal seorang ke? Bila nak kahwin? Kenapa tak kahwin lagi,” katanya.
Khairul berkata, dia tidak menyangka bukan hanya ketika sambutan Aidilfitri sahaja dia menerima soalan seperti itu, malah ketika Deepavali pun tidak ketinggalan bertanyakan hal yang sama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan kisah Khairul dan menganggap soalan itu sememangnya soalan wajib makcik-makcik tidak kira masa atau tempat.
"Ibu adalah tetap ibu walau di mana kita berada.
"Template makcik dalam setiap perayaan la Khairul.
"Mak-mak semalaysia punya soalan ni.
"Krismas nanti pun mesti ada yang akan tanya. Jangan ingat boleh lari ya," seloroh netizen.