Sekilas
- Article content is missing, so a summary cannot be generated.
- Please provide the article text to proceed with the summary.
- Ensure the article content is included for accurate summarization.
Aktivis terkenal Sweden, Greta Thunberg ditahan pada Selasa semasa satu protes di London bagi menyokong tindakan tahanan yang mogok lapar dan dikaitkan dengan Kumpulan Palestine Action, sekali gus mencetuskan tindak balas terhadap Kerajaan Britain, lapor Anadolu Ajansi.
Satu video yang dikongsi oleh kumpulan Prisoners For Palestine menunjukkan aktivis berusia 22 tahun itu ditahan oleh pegawai polis di luar pejabat Aspen Insurance, yang menurut kumpulan itu menyediakan perkhidmatan kepada syarikat senjata Israel, Elbit Systems.
Beliau ditahan di bawah Akta Keganasan kerana memegang sepanduk yang tertera tulisan: "Saya menyokong tahanan Palestine Action. Saya menentang genosid."
"Beliau ditahan kerana mempamerkan satu bahan (dalam kes ini plakad) yang menyokong sebuah organisasi yang diharamkan (iaitu Palestine Action), bertentangan dengan Seksyen 13 Akta Keganasan 2000," menurut Polis City of London dalam satu hantaran di platform media sosial X.
Beberapa aktivis lain turut menyembur cat merah di bahagian hadapan bangunan berkenaan sebelum mereka ditahan.
Protes itu berlaku di tengah-tengah kritikan yang semakin meningkat terhadap kerajaan berhubung keadaan enam tahanan dikaitkan dengan kumpulan Palestine Action yang melancarkan mogok lapar sejak November.
Palestine Action diharamkan pada Julai di bawah Akta Keganasan selepas ahli kumpulan itu menceroboh sebuah pangkalan Tentera Udara Diraja (RAF) dan menyembur cat pada dua pesawat, menyebabkan kerosakan bernilai GBP7 juta (US$9.44 juta), menurut polis. Sejak itu, ratusan aktivis pro-Palestin ditahan di seluruh United Kingdom.
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai wilayah Palestin yang diduduki, Francesca Albanese, mengkritik Kerajaan UK dengan menuduhnya terlibat dalam usaha menutup genosid Israel.
"Kepada Kerajaan UK: semakin ramai yang anda tangkap untuk menutup secara memalukan genosid Israel, semakin ramai orang berprinsip akan bangkit menentang anda atas nama hak asasi manusia," katanya di X, bersama-sama video penahanan Thunberg.
Albanese berkata: "Akhirnya, kita semua akan memastikan bahawa pemimpin yang bersubahat dalam genosid Israel akan berdepan keadilan."
Pemimpin Parti Hijau, Zack Polanski, turut mengecam penahanan itu, dengan menyatakan Thunberg ditahan "hanya kerana memegang sepanduk yang menentang genosid."
"Apabila protes aman dianggap sebagai jenayah, demokrasi berada dalam keadaan yang sangat meruncing. Ia berlaku di bawah Kerajaan Parti Buruh," katanya.
Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA