Pempengaruh, Mia Azhar berkongsi pengalaman seram apabila diganggu makhluk halus ketika berada di bilik tidurnya.
Menerusi perkongsian di Threads, Mia menceritakan dirinya pernah beberapa kali mengalami kejadian ditindih hingga sukar bergerak dan hanya mampu membaca ayat Kursi untuk melawan rasa takut.
Advertisement
“Aku pernah kena tindih dua kali yang memang ekstrem. Kali pertama tu, benda tu datang bisik dekat telinga aku dan dia cakap, ‘terima kasih datang kedai.’Kali kedua, aku rasa ada tangan pegang peha aku dan oleh rasa jari dia panjang. Masa tu memang tak boleh bergerak. Aku cuma mampu baca ayat Kursi sambil cuba melepaskan diri," katanya
Tambah Mia, ada satu kejadian yang lebih menakutkan apabila biliknya tiba-tiba berbunyi seperti ada orang sedang mengemas rumah.
"Lepas tu, pernah juga kena tindih lagi. Tapi kali ni berbeza kerana bilik aku tiba-tiba berbunyi macam ada orang tengah kemas rumah. Bunyi langsir dibuka, kerusi meja pun bunyi macam dialihkan. Tapi bila aku dah boleh gerak balik, semua bunyi tu hilang macam tak jadi apa-apa pun," ujarnya.
Lebih mengejutkan, ibu saudaranya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu juga turut mendengar bunyi sama dan menyangka dia sedang mengemas bilik.
Bagaimanapun, selepas terlalu banyak berdepan kejadian seram itu sejak kecil, Mia mula berasa muak dan nekad melawan semula gangguan tersebut.
"Yang seramnya, mak cik aku yang tengah tengok TV kat ruang tamu pun dengar bunyi tu. Dia ingat aku tengah kemas bilik. Padahal aku tengah kena tindih. Aku dah kena benda ni dari umur 15 sampai 25 tahun. Dah tahap aku naik menyampah, siap maki benda tu. Tapi lepas maki, terus boleh tidur lena," jelasnya.