Skip to main content

Viral

Dua Remaja Kencing Dalam Sup Restoran Hotpot Didenda RM1.3 Juta

hotpot

Tindakan dua remaja yang kencing ke dalam sup di salah satu rangkaian restoran terkenal di China menerima padah apabila didenda sebanyak RM1.3 juta oleh syarikat makanan tersebut.

Insiden tidak sopan itu berlaku di salah satu rangkaian restoran hotpot terkenal, Haidilao di Shanghai pada Februari lalu.

Advertisement

Kedua-dua remaja itu mabuk lalu kencing di dalam bekas sup dan mempamerkan tindakan mereka di platform media sosial, lapor BBC.

Remaja berusia 17 tahun tersebut kemudian menerima kecaman selepas perbuatan keji mereka menjadi tular.

Restoran itu sendiri dipercayai telah mengalami kerugian akibat video yang tular sehingga menyebabkan mereka mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Haidilao juga cuba menyelamatkan keadaan dengan memulangkan duit lebih 4,000 pelanggan yang menikmati makanan di restoran mereka pada sekitar insiden berlaku sejak 24 Februari sehingga 8 Mac 2025.

Lantaran itu mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1.3 juta kepada dua remaja tersebut dengan dakwaan antaranya telah menjatuhkan reputasi restoran serta kegagalan ibu dan bapa mendidik anak dengan baik.

Must-Watch Video

Advertisement