Skip to main content

Selebriti

"Duit Makin Kering, Lepak Pun Tiada Masa" - Ulang-Alik Sertai Misi Kemanusiaan, PU Amin Puji Kegigihan PU Rahmat

PU RAHMAT AMIN

Pencetus Ummah (PU) Amin memuji kegigihan dan kerajinan pendakwah bebas dan aktivis kemanusiaan, Rahmat Ikhsan yang berulang-alik menjalankan misi kemanusiaan sejak pulang dari misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Menerusi perkongsian di Threads, Amin berkongsi bahawa meskipun Rahmat sudah kehabisan wang dan terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk 'melepak' bersama, dia tetap berjuang membantu mereka yang dalam kesusahan.

"Rahmat ini gila, baru sahaja selesai misi Global Sumud Flotilla (GSF), terus sambung misi banjir di Perlis, banjir utara, balik kejap ceramah sana sini, sambung lagi misi banjir Aceh, dua kali ulang alik Aceh, duit makin kering, kemudian nak ajak lepak minum kejap tiada masa, tiba tiba pergi Sudan pula. Terus berjuang," tulisnya.

Menerusi perkongsian di Threads, rata-rata netizen memuji jihad kemanusiaan Rahmat sambil menyifatkan perjuangannya begitu hebat disisi Allah.

"Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.

"Kerja dia gila mengejar syurga. Terus berjuang.

"Teruskan perjuangan saudara.

"Masyaallah perjuangan orang-orang hebat," komen netizen
 

Must-Watch Video

Advertisement