Skip to main content

Selebriti

Duit Simpanan & Bantuan Lesap, Ibu Uzur Berkerusi Roda Dipergunakan Anak Dan Menantu Sendiri - "Mereka Sedang Bercuti..."

Mak anak

Sekilas

  • Seorang wanita warga emas yang menggunakan kerusi roda mendapati semua simpanan dalam akaunnya telah habis selepas semakan di bank bersama adiknya.
  • Wang tersebut dipercayai telah dikeluarkan oleh anak kandung dan menantu wanita itu, termasuk bantuan kewangan yang baru dimasukkan ke akaun.
  • Wanita itu tidak pernah melakukan transaksi dalam talian, namun anaknya didapati membuat pengeluaran secara online tanpa pengetahuannya, menyebabkan simpati netizen terhadap nasibnya.

Seorang pengguna di Threads mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah menyayat hati mengenai nasib seorang ibu uzur yang dipercayai dipergunakan oleh anak kandung dan menantunya sendiri.

Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan memaklumkan bahawa wanita warga emas itu hadir ke sebuah bank bersama adiknya bagi membuat semakan transaksi wang dalam akaun miliknya.

Bagaimanapun, hasil semakan mendapati kesemua simpanan dalam akaun tersebut telah kosong.

"Ada seorang mak cik dan adik dia datang nak keluarkan duit simpanan kat bank. Mak cik ini dah uzur siap pakai wheelchair.

"Pihak bank dah semak semua transaksi duit keluar masuk dan semua simpanan dia yang dah bertahun-tahun itu baki dia kosong," tulisnya.

Lebih mengejutkan, wang berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh anak wanita tersebut yang sedang bercuti, termasuk duit bantuan yang baru sahaja dimasukkan ke dalam akaun.

"Yang paling sedih sekali bila anak dia yang keluarkan and guna duit itu.

"Anak yang jaga mak cik itu tengah bercuti. Adik mak cik terus bawa pergi bank. Duit bantuan yang masuk semalam tu pun dah dikeluarkan.

"Yang paling bodoh adalah anak dan menantu dia. Menangis aku tengok mak cik tu sebab terkejut duit simpanan dia habis licin," ujarnya.

Situasi menjadi lebih memilukan apabila pekerja bank bertanyakan sama ada wanita tersebut pernah melakukan transaksi secara dalam talian, namun dia hanya mampu menggelengkan kepala dengan raut wajah yang sedih.

"Yang paling jahat sekali anak dia siap buat transaksi secara online. Bila akak bank tu tanya ada buat online, mak cik itu hanya mampu menggelengkan kepala," kongsinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita warga emas itu, selain mengecam tindakan anak dan menantunya yang disifatkan tidak berperikemanusiaan.

"Sampai hati anak dia.

"Allahu kejam sangat.

"Ya Allah sedihnya.

"Kifarah itu pasti ada," komen netizen.

Must-Watch Video

Advertisement