Skip to main content

Berita

Empat Pelajar Malaysia Lakar Kejayaan Di Anugerah Inovasi Bangkok

TB pemenang Bangkok Innovation Awards Facebook Ramanan Ramakrishnan Official Media
Advertisement

Empat pelajar Malaysia melakar kejayaan di Anugerah Inovasi Bangkok apabila meraih dua pingat emas dan tempat kedua bagi Kategori Kejuruteraan Sekolah Rendah.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan melahirkan rasa bangga atas pencapaian itu dan menyifatkannya  sebagai simbol keupayaan generasi muda dalam mengangkat martabat negara melalui inovasi dan kecemerlangan akademik.

“Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan, malah membuktikan bahawa generasi muda kita memiliki idea kreatif dan berimpak tinggi yang mampu diiktiraf di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Empat pelajar berkenaan ialah Ilaneyan Yuvarajan dan M. Theerchanna dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) KO Sarangapany, serta Ilanarun Yuvarajan dan M. Elamaaran dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah.

Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh turut menzahirkan penghargaan kepada ibu bapa pelajar berkenaan yang sanggup berkorban masa dan hadir ke Bangkok bagi memberikan sokongan moral.

Beliau berkata pengorbanan dan dorongan keluarga menjadi tulang belakang kepada kejayaan anak-anak, sekali gus membuktikan kejayaan bukan usaha individu semata-mata tetapi hasil sokongan kolektif yang padu.

Pada masa sama, Naib Presiden PKR itu merakamkan penghargaan kepada guru yang telah membimbing pelajar berkenaan hingga berjaya di pentas antarabangsa, selain turut berkongsi detik menyentuh hati apabila pelajar berkenaan meminta tandatangannya sebagai kenangan.

“Walaupun tidak dijangka, saya menerimanya sebagai satu penghormatan besar. Saya sempat menitipkan kata-kata semangat agar mereka terus melangkah jauh dalam perjalanan masa depan yang cerah,” katanya.

Ramanan berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada lebih ramai anak muda Malaysia untuk berani berinovasi serta mencipta kejayaan di peringkat global, sekali gus memperkukuh kedudukan negara sebagai sebuah negara berdaya saing.

Sumber: Astro AWANI menerusi BERNAMA

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement